Click to join sahabatsurau

Click to join sahabatsurau

TOKOH TERKENAL DALAM ISLAM

>> Selasa, 30 Jun 2009

Bahagian ini menghuraikan tokoh-tokoh yang terkenal dalam islam samada tokoh Imam Mazhab Empat dan juga tokoh Pemikiran dalam islam. Mari kita mengenal tokoh-tokoh imam mazhab yang terkenal di dalam islam diantaranya Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Al-Syafie dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal.

IMAM ABU HANIFAH
Imam mazhab merupakan tabiin(yang dilatih oleh para sahabat). Nama sebenar Imam Abu Hanifah ialah Na’iman bin Sabit r.a dan beliau dilahirkan di Bandar Kuwafah, Iraq pada tahun 80 Hijrah/ 699 Masihi. Beliau berketurunan parsi dan akhirnya meninggal dunia di Baghdad pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah/767 Masihi ketika berusia 70 tahun. Imam Abu Hanifah telah menggunakan 4 dasar pengambilan hukum iaitu Al-Quran, Ijma’, kias dan fatwa para sahabat. Diantara sumbangan beliau terhadap islam dalam bidang pemikiran ialah ijtihad beliau terhadap suatu hukum yang tidak terdapat dalil di dalam Al-Quran, As-Sunnah dan Fatwa para sahabat. Beliau melarang umat islam beramal dengan perkara-perkara bidaah dan beliau juga melarang bertaqlid kepadanya jika tidak mengetahui daripada asal pendapatnya itu.
IMAM MALIK
Imam Malik merupakan salah seorang guru kepada imam Syafie. Nama penuh beliau ialah Malik bin Anas bin Amirul Asbahi. Beliau dilahirkan di madinah pada tahun 93 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 179 hijrah ketika berusia 87 tahun. Jenazah beliau disemadikan diperkuburan Baqi’ Madinah Munawwarah. Antara sifat-sifat peribadi beliau adalah suka menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke kubur dan merupakan seorang yang pendiam hanya bercakap perkara-perkara yang berfaedah sahaja.
IMAM AL-SYAFIE
Beliau merupakan seorang yang pintar, fasih berpidato dan seorang karya yang masyhur. Beliau sentiasa memelihara adab dan disiplin, berakhlak mulia, kuat ingatan dan berhemah tinggi. Sewaktu beliau berada di mekah dan madinah, fatwa yang dikeluarkan oleh beliau dinamakan Qaulu Qodim. Fatwa yang dikeluarkan setelah beliau berada di mesir dinamakan qaulu jadid. Beliau seorang yang berkebolehan sehingga boleh mengeluarkan fatwa ketika berumur 15 tahun...
IMAM AHMAD IBNU HANBAL
Imam Ahmad merupakan salah seorang murid kepada Imam Syafie. Nama penuh beliau adalah Ahmad bin Muhammad ibnu Hanbal. Beliau dilahirkan pada 164 hijrah di baghdad dan meninggal dunia pada 241 hijrah ketika berumur 77 tahun. Beliau juga mahir dalam bidang hadis selain bidang-bidang yang lain. Beliau sanggup mengembara beberapa bulan semata-mata untuk menyelidik sumber-sumber dan kebenaran hadisnya. Beliau memulakan kuliah hadis ketika berumur 40 tahun dan diikuti kira-kira lima ribu orang.

Antara tokoh pemikiran islam yang lain antaranya Imam Al-Ghazali, Imam Ibnu Taimiyyah, Abu Al-A’ala Al-Maududi dan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.


IMAM AL-GHAZALI
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad dan dilahirkan pada tahun 450 hijrah/1058 Masihi. Gelaran beliau diberi sempena nama kampung halamannya. Beliau merupakan seorang ahli Tasawwuf dan Pemikir yang agung. Imam al-Ghazali telah meninggal dunia pada 14 Jamadil Akhir 505 hijrah/1111 Masihi. Antara karya beliau dalam bidang tasawwuf ialah Ihya’ ulumuddin, Mizanul Ahmad dan masyarakat Al-Anuar. Walaupun beliau merupakan ulama tasawwuf, beliau juga mengarang kitab-kitab yang berkait dengan i’tiqad, yang berkait dengan usuluddin dan kitab-kitab yang berkait dengan imamah. Sebagai contoh beliau pernah mengatakan: ” agama menjadi asas, pemerintah sebagai pengawas. Apa yang tidak ada asas runtuh dan sesuatu yang tidak ada pengawas sia-sia”. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kita perlu memahami keseluruhan islam, tidak boleh mengambil sebahagian sahaja.
IMAM IBNU TAIMIYYAH
Nama sebenar ialah Takiyuddin Abu Al-Abbas bin Halim Al-Harani dan beliau dilaahirkan pada 10 Rabiul Awal tahun 661 Hijrah/1262 Masihi. Gelaran ibnu Taimiyyah sempena nama moyangnya yang ke-9. Beliau meninggal dunia pada malam Isnin 20 Zulhijjah 728 Hijrah di Damsyik. Beliau mengatakan agama perlu dipelihara. Pada pandangan beliau, maksud memelihara agama ialah membersihkan penyelewengan akidah atau perkara yang mencemarkan kemurnian agama.
ABU AL-A’LAA AL-MAUDUDI
Merupakan mujaddid di abad lalu dan beliau adalah pemikir islam pada zaman Mutakhir. Beliau merupakan ulama yang luas ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, bersederhana dalam kehidupan, dan bertaqwa dan beristiqamah. Beliau seorang yang gigih dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Abu Al-A’ala Al-Maududi merupakan seorang yang berhemah tinggi dan bercita-cita untuk mengembalikan masyarakat islam kepada pegangan dan amalan agama berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Beliau banyak memberi sumbangan terutama dalam bidang kewartawanan dan pernah menjadi Ketua Pengarang Akhbar muslim. Beliau banyak menulis artikal ilmiah mengajak manusia kembali kepada jalan yang benar.
SYEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI
Nama sebenar Idris bin Abdul Rauf dan dilahirkan di Makkah Mukarramah pada 28 Dzulkaedah 13 Masihi. Beliau meninggal pada pagi Jumaat 13 Oktober 1989 Masihi. Antara kejayaan beliau dalam bidang pendidikan ialah berjaya menghasilkan Kamus Arab Melayu(Al-Marbawi) yang biasa digunakan hari ini dan diikuti dengan Kamus Al-Jib. Beliau memperoleh ijazah Al-Aliah daripada Universiti Al-Azhar. Beliau juga menghasilkan kitab hadis dan kitab feqah. Kitab hadis seperti Bahrul Mazi dan Baligh Al-Miram manakala kitab feqah pula seperti Usul Islam dan Pati Hukum Ibadat.

InsyaAllah sekiranya ada peluang kami akan menceritakan berkenaan tokoh-tokoh islam yang lain seperti Ibnu Sina, Al-Khuwarizmi, Ibnu Khaldun, Syeikh Daud Fathani, Hassan Al-Banna, prof. Hamka dan lain-lain.

0 comments:

Subscribe to sahabatsurau

Powered by us.groups.yahoo.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP