Click to join sahabatsurau

Click to join sahabatsurau

tazkirah dan perjumpaan

>> Sabtu, 15 Ogos 2009

Takirah Maghrib Oleh JPK Kerohanian
Tarikh: 09 Ogos 2009(Ahad)
Tempat: Surau Kolej Meranti Blok D
Komen: Boleh kami katakan minggu yang mantap dari sudut aktiviti surau. Hari ini pertama kalinya JPK Kerohaniaan cuba menyampaikan tazkirah maghrib, walaupun xbiasa ok jer nampaknya. Yelah, sebelum nie asyik pengerusi dan timbalan pengerusi jer yang cuba untuk bagi tazkirah. bukan lama pun, dalam 10-15 minit jer. InsyaAllah, lepas nie JPK-JPK lain pulak yang kehadapan mengisi waktu maghrib dengan program berfaedah.... mudah-mudahan dapat mentarbiah hati-hati manusia!!!


Nie khusyuk ke sembang2 nie???


Perjumpaan Sahabat Surau
Tarikh: 09 Ogos 2009
Tempat: Surau Kolej Meranti Blok D
Komen: Perjumpaan ini membincangkan tentang semua aktiviti yang akan diadakan pada minggu tersebut diantara ahli-ahli Sahabat Surau. Dihadiri juga oleh JPK Kerohanian sendiri walaupun yang handle meeting nie pengerusi. Alhamdulillah, semua agenda sempat dibincangkan dan ahli-ahli sahabat surau menunjukkan komitmen masing-masing.

Read more...

Bacaan Yassin Dan Solat Hajat

Program Bacaan Yasin Dan Solat Hajat
Tarikh:13 Ogos 2009
Tempat: Dewan Kolej Seri Meranti
Komen: Program ini merupakan program kerohanian kolej di mana diadakan Majlis Bacaan Yasin dan juga Solat Hajat Akibat Penularan H1N1. Alhamdulillah, majlis ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua ahli sahabat surau dengan mengikut perancangan walaupun tidak dirancang dari awal. Kehadiran pelajar yang turun pada majlis ini kira-kira 100 orang.




bacaan yasin yang diketuai oleh pengerusi sahabat surau...

Read more...

Israk Mikraj



Read more...

Majlis Tertinggi Sahabat Surau


Saudara Shahdiken
( JPK Kerohanian Kolej Meranti )










Saudara Maududi
(Pengerusi Sahabat Surau)


Saudara Aniq
( Timbalan Pengerusi Sahabat Surau )







Saudara Asrullah
( Gabenor Bank Sahabat Surau Meranti )






Read more...

Biro-biro Sahabat Surau

BIRO IMAM DAN BILAL
Amran Bin Bacho
Mohammad Nornazle Bin Irwan Lee
Ahmad Ikhtar Bin Sulaiman
Mohd Nirhafizal Bin Muhamad
Amir Bin Abd Latif
Ahmad Khairuddin Bin Mohammad
BIRO PULISITI DAN PENERBITAN
Mohamad Zakwan Mohd Badli
MOHD AMRI AMSYARI BIN ABD RAHMAN
Mohamad Salleh Bin Mohd Azman
MOHD ALHAKIM BIN ZULKIFLI
Abdul Hazim Bin Hamzah
MOHD SYAHADAT ROBBI BIN ABDUL GHANI
AQEEL BIN IDRUS
BIRO MAKANAN DAN KEBERSIHAN
MUHD HANIF
MUNIR
ZULAIDI
SAFWAN
SYAHID
MUHAMMAD ALI BIN AHMAD SEBURI
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
ZULFADLI
ZAKUAN
HANIF
MOHD NURAZZI BIN NORIZAN
SHAFIQ
FASILITATOR
MUHAMMAD IZZUDDIN BIN CHE KHALID
MAUDUDI BIN MAHMUD
MUHAMMAD ANIQ SHAZNI BIN MUHD HANIFF
AHMAD HAMDAN BIN OTHMAN
MOHD SHAHDIKEN BIN HAJI SOLONG
ASRULLAH BIN SABIT
SYEIKH MUHD MUSLIM BIN SYEIKH NAWAWI










Read more...

Surah Al-fatihah

>> Ahad, 9 Ogos 2009

Kami ingin menjelaskan berkenaan Tafsir surah Al-Fatihah sebagai permulaan laman ini kerana Surah Al-Fatihah merupakan surah yang penting bahkan dibaca di dalam tiap-tiap sembahyang.

Surat Al Faatihah (Pembukaan) yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat adalah surat yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap diantara surat-surat yang ada dalam Al Quran dan termasuk golongan surat Makkiyyah. Surat ini disebut Al Faatihah (Pembukaan), karena dengan surat inilah dibuka dan dimulainya Al Quran. Dinamakan Ummul Quran (induk Al Quran) atau Ummul Kitaab (induk Al Kitaab) karena dia merupakan induk dari semua isi Al Quran, dan karena itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap rakaat sembahyang.Dinamakan pula As Sab'ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) karena ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahyang.

Surat ini mengandung beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al Quran, yaitu :

1. Keimanan:

Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2, dimana dinyatakan dengan tegas bahwa segala puji dan ucapan syukur atas suatu nikmat itu bagi Allah, karena Allah adalah Pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat dalam alam ini. Diantara nikmat itu ialah : nikmat menciptakan, nikmat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-'aalamiin tidak hanya berarti Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandung arti tarbiyah yaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahwa segala nikmat yang dilihat oleh seseorang dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, karena Tuhan-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan Penumbuahn oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan difikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh karena keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, yaitu : Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin (hanya Engkau-lah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan). Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.

Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap nikmat dan takut kepada siksaan-Nya. Hal ini mengandung arti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah.

2. Hukum-hukum:

Jalan kebahagiaan dan bagaimana seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" disini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan maupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.

3. Kisah-kisah:

Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quran memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (orang-orang yang mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Perincian dari yang telah disebutkan diatas terdapat dalam ayat-ayat Al Quran pada surat-surat yang lain.

Read more...

Hukum Syarak

Kita sambung perkara-perkara yang berkait dengan hukum syarak. Apakah makna-makna hukum syarak dan pembahagiannya mengikut ulama. Hukum syarak ialah khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada berbentuk tuntutan(اقتضاء), pilihan(تخيير) dan Wadh’i(وضعي). Khitab Allah ialah tuntutan ke atas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau pilihan samada melakukan atau tidak. Pembahagian hukum syarak pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu hukum Taklifi dan hukum Wadh’i.

Di dalam hukum Taklifi terdapat beberapa bahagian lagi seperti Ijab, Nadbun, Tahrim, Karahah dan Ibahah.

Ijab/wajib ialah tuntutan supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti sebagai contoh menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan ramadhan. Ini merupakan perkara wajib yang wajib dikerjakan.

Nadbun pula ialah tuntutan supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan dengan tuntutan tidak pasti seperti solat sunat, puasa sunat, sedekah dan lain-lain. Ianya merupakan tuntutan dalam islam tetapi tuntutan tidak pasti, maka boleh untuk dikerjakan/ditinggalkan. Tuntutan pasti adalah samada ianya perkara wajib ataupun haram manakala tidak pasti samada ianya sunat atau makruh.

Yang ketiga daripada hukum Taklifi ialah Tahrim(haram). Tahrim ialah tuntutan supaya meninggalkan sesuatu meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti seperti berjudi, minum arak, berzina dan lain-lain.

Karahah pula merupakan tuntutan supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti seperti Talaq atau makan bawang mentah ketika hendak solat. Ianya tidak haram tetapi dituntut supaya ditinggalkan.

Ibahah yang merupakan bahagian kelima dalam hukum Taklifi ialah tuntutan samada kita melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan sebagai contoh makan daging lembu. Kalau dilakukan mendapat pahala dan ditinggalkan tidak mendapat apa-apa.

Walaubagaimanapun, Ijab/wajib di dalam Hukum Taklifi ini terbahagi pula kepada dua iaitu wajib ’aini(fardhu ain) atau wajib kifa’i(fardhu kifayah). Wajib ’aini ialah wajib yang dibebankan ke atas setiap mukallaf di mana setiap yang mukallaf wajib melaksanakannya seperti Solat dan mempelajari ilmu fardhu ain. Wajib Kifa’i pula merupakan wajib yang dibebankan ke atas kumpulan tertentu. Jika ada dikalangan mereka yang melaksanakannya, semua yang lain terlepas daripada kewajiban itu sebagai contoh solat berjemaah dan mempelajari ilmu Sains.


Hukum Wadh’i pula ialah sesuatu yang dijadikan oleh syarak sebagai sebab, syarat atau penghalang sesuatu hukum.



Sebagai contoh ayat di atas menunjukkan bahawa gelincir matahari menjadi sebab wajib solat Zuhur.

Sebagai syarat pula adalah seperti hadis Nabi ”tidak solat mereka yang tidak ada wudhuk padanya”. Disini menunjukkan wudhuk menjadi syarat sah solat dan sekiranya tidak ada wudhuk tidak sah solat. Melainkan disaat tidak terdapat air, sakit yang menyebabkan tidak dapat menyentuh air dan lain-lain yang menjadikan ganti kepada wudhuk adalah tayammum.

Sebagai penghalang pula seperti perbezaan agama di antara orang yang mewariskan harta dengan ahli waris menjadi penghalang bagi hukum pembahagian pusaka. Jika tiada perbezaan agama sudah tentu pembahagian pusaka dapat dilaksanakan. Bersambung...!!

Read more...

pengenalan ilmu kalam

Adakah ilmu Kalam wujud pada zaman Rasulullah s.a.w? Mengapa belum wujud ilmu kalam pada Zaman Rasulullah S.A.W? sebenarnya ilmu kalam tidak wujud di zaman Rasulullah s.a.w kerana mereka menerima soal aqidah dengan sepenuh hati tanpa banyak persoalan dan perbahasan. Pada waktu itu, tiada perbahasan berlanjutan tentang masalah aqidah kerana setiap masalah yang timbul akan dirujuk terus kepada baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat ketika itu bersatu dalam menyelesaikan masalah berdasarkan al-quran dan al-sunnah. Oleh itu, tidak ada masalah pada zaman Rasulullah dan tidak wujud perbahasan ilmu Tauhid secara berlanjutan.

Bagaimana pula perkembangan ilmu Kalam/ilmu aqidah pada zaman khulafa’ al-Rasyidin? Selepas wafat Rasulullah s.a.w maka yang mengambil alih pemerintahan adalah Saidina Abu Bakar, kemudian Saidina Umar, Uthman dan Ali atau dikenali dengan pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin. Umat islam pada waktu itu masih berpegang teguh dengan aqidah yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w. Mereka menumpukan perhatian kepada memperkasakan umat islam dan membuka wilayah islam yang baru. Apabila timbul masalah umat islam ketika itu akan merujuk kepada khalifah. Khalifah akan menghukum dengan bermesyuarat dan menghukum menurut al-quran dan al-Hadis yang dikenali sebagai Ijma’ Sahabat. Namun diakhir pemerintahan saidina Uthman bin Affan telah timbul pelbagai krisis politik yang serius. Akibatnya lahirlah perbezaan politik dikalangan umat islam yang akhirnya membawa kepada pembunuhan saidina Uthman. Orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saidina Uthman ialah Marwan bin al-Hakam yang menggunakan cop/khatam Saidina Uthman yang menyebabkan Saidina Uthman menjadi mangsa.

Di zaman pemerintahan Saidina Ali, keadaan sebelumnya semakin berlarutan sehingga wujudnya pelbagai aliran fahaman atau mazhab tentang aqidah. Wujudlah perbahasan tentang kafir, syurga, neraka dan lain-lain. Bahkan pelbagai masalah telah timbul pada zaman Saidina Ali r.a sehingga berlaku pembunuhan Saidina Ali yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Muljim. Mereka merupakan puak khawarij yang tidak menyokong majlis Tahkim dan merancang pembunuhan terhadap Saidina Ali dan Sadina Ali r.a berjaya dibunuh dengan pedang yang dilumur racun.

Bagaimana perkembangan ilmu kalam pada zaman umaiyah? Di zaman kerajaan Bani Umaiyah, pengaruh islam telah meluas ke wilayah-wilayah baru. Orang Islam mula bertambah ramai menyebabkan berlaku perubahan terhadap ilmu kalam. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pertembungan budaya pemikiran dikalangan pelbagai bangsa yang menganut islam. Ekoran daripada itu, pengaruh pemikiran falsafah semakin merebak kerana masalah agama cuba diselesaikan melalui pemikiran falsafah. Maka, berlaku pertembungan pemikiran falsafah Greek, yunani dan yahudi menyebabkan lahirnya pelbagai aliran mazhab dalam akidah seperti Mu’tazilah, Qadariyyah, Jabariyyah dan Murji’ah dan lain-lain.

Bagaimana perkembangan ilmu kalam di zaman Abbasiyah? Dizaman ini ilmu kalam menghadapi perkembangan baru dengan melimpahnya buku-buku falsafah yang diterjemahkan kedalam bahasa Arab. Ulama islam mempelajarinya untuk menilai kebenarannya bagi menentang aliran yang songsang dan menyeleweng. Pada ketika itu, mazhab yang paling berpengaruh ialah Mu’tazilah malah mazhab ini menguasai Abbasiyah dan mendapat sokongan khalifah Abbasiyah. Mereka mendahulukan pendapat akal daripada al-quran dan al-sunnah misalnya mereka menolak isra’ dan mikraj, seksa kubur dan lain-lain. Maka, ketika itu lahirlah golongan ulama yang bangkit menentang penyelewengan Mu’tazilah iaitu daripada mazhab Ahlul Sunnah Wa al-Jamaah. Ahlul Sunnah Wa al-Jamaah muncul pada akhir abad ketiga hijrah dipelopori oleh 2 ulama ilmu kalam iaitu Syiekh Abu Hasan al-Asy’ari dan Syiekh Abu Mansur al-Maturidiy.

Siapakah pengasas Mu’tazilah? Pengasasnya ialah Wasil bin a’tha’ dan beliau ialah murid Syaikh Hasan al-Basri. Ketika dalam majlis pengajian di sebuah masjid di basrah, Hasan al-Basri menerangkan mengenai orang islam yang melakukan dosa besar dan mati masih lagi dikira orang beriman. Di akhirat nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka kemudian dikeluarkan untuk dimasukkan ke dalam syurga. Wasil tidak setuju dan menentang ajaran gurunya dan beliau menubuhkan mazhabnya sendiri yang diberi gelaran Mu’tazilah yang membawa makna ”yang mengasingkan diri”. Di antara pendapat Mu’tazilah ialah al-quran adalah makhluk, manusia bebas melakukan sesuatu tanpa ada hubungan dengan Allah, baik dan buruk adalah ditentukan oleh akal semata-mata dan lain-lain.

Pernah dengar mazhab Qadariyyah? Pengasas mazhab qadariyyah ialah Ma’bad bin Khalid al-Juhani. Antara fahaman sesat qadariyyah adalah perbuatan manusia dari manusia sendiri dan Allah tidak ada kene mengena dengan perbuatan tersebut. Allah tiada kuasa menentukan nasib manusia. Fahaman ini salah dan boleh disangkal. Sekiranya perbuatan manusia daripada manusia sendiri, sudah tentu apa yang kita lakukan akan mendapat kejayaan. Tidakkah Allah yang menciptakan kita? Maka segalanya telah tertulis untuk kita tetapi Allah memberi kita pilihan samada untuk memilih yang baik ataupun jahat. Kalau Allah tiada kuasa menentukan nasib manusia, Xlayaklah menjadi tuhan. Tidakkah tuhan iaitu Allah mampu melakukan apa sahaja, dan apabila dikatakan ”kun fayakuun”, apabila dikatakan ”jadi maka terjadilah”.

Bagaimana pula mazhab jabariyyah? Pengasas mazhab ini ialah Jahmu bin Safwan dan mazhab ini juga dianggap sesat olah Ahlul Sunnah Wa al-Jamaah. Diantara fahaman sesat Jabariyyah adalah manusia tidak mempunyai usaha dan ikhtiar. Segala yang berlaku adalah dari Allah. Oleh itu, orang yang meninggalkan kewajiban dan melakukan maksiat tidak berdosa kerana perbuatan tersebut dijadikan oleh Allah. Pendapat ini jelas sesat kerana manusia tidak akan menjadi baik dan sudah tentu banyak melakukan maksiat daripada melakukan kebaikan. Selain itu, mereka juga berfahaman iman hanya dalam hati dan tidak perlu diikrar dengan lidah, al-quran adalah baharu dan mereka mengatakan Syurga dan neraka tidak kekal.

Siapakah pula golongan Syiah dan khawarij? Sebenarnya di dalam mazhab ini masih lagi terdapat pecahan-pecahan mazhab dan kita tidak boleh menghukum semuanya kafir. Memang pendapat mazhab ini bercanggah dengan Ahlul Sunnah Wa al-Jamaah tetapi masih ada diantara mereka masih berada dalam kumpulan islam kerana mereka mengucap 2 kalimah syahadah dan tidak membatalkan 2 kalimah syahadah. Golongan Syiah ini wujud sejak pemerintahan Saidina Uthman yang dibawa oleh seorang yahudi yang bernama Abdullah bin Saba’. Beliau mengapi-apikan penyokong saidina Ali supaya menentang Saidina Uthman dengan pelbagai fitnah. Pelbagai pergolakan yang berlaku diakhir pemerintahan saidina Uthman sehingga berlakunya pembunuhan Saidina Uthman. Setelah Saidina Uthman dibunuh, Saidina Ali dilantik menjadi khalifah. Di zaman Saidina Ali, pergolakan politik yang berlaku terus berlanjutan sehingga berlakunya peperangan di antara puak Saidina Ali dengan tentera Muawiyah yang dikenali dengan peperangan siffin. Tentera Muawiyah hampir mengalami kekalahan lalu mengajak Saidina Ali supaya diselesaikan melalui al-Quran yang dikenali dengan Majlis Tahkim. Lalu tentera Muawiyah mengangkat al-Quran yang dicucuk pada tombak dan peperangan terpaksa dihentikan. Saidina Ali bersetuju dengan cadangan ini tetapi sebahagian penyokongnya menentang Majlis Tahkim itu. Penyokong yanh masih setia dengan Saidina Ali dikenali dengan Mazhab Syiah dan ada golongan yang menentang Saidina Ali. Yang menentangnya terus keluar dan tidak menyokong Saidina Ali mahupun Muawiyah dan golongan ini dikenali dengan Khawarij. Walaupun kita melihat pelbagai masalah politik yang berlaku di zaman pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin, kita tidak boleh mengkritik dan memaki sahabat-sahabat kerana mereka adalah ”radhiallaahu a’nhum” atau ”Allah redha ke atas mereka semua. Di dalam peperangan ini tidak dinafikan Muawiyah yang salah tetapi kita tidak boleh mencerca sahabat-sahabat nabi. Apa yang penting peristiwa yang berlaku adalah denga izin Allah supaya menjadi pengajaran kepada kita pada hari ini.

Read more...

TUKANG GUNTING

>> Jumaat, 7 Ogos 2009


Tukang Gunting berkata, saya tidak percaya Allah itu wujud. Kenapa kamu berkata sedemikian? Tanya pelanggannya. Ya lah, kamu hanya perlu keluar ke jalanan itu dan sedar Allah tidak wujud. Beritahu saya jika Allah wujud, mesti tiada penderitaan dan kesakitan. Saya tidak boleh bayangkan Allah yang maha pengasih boleh membiarkan semua perkara ini berlaku...


Pelanggan itu berfikir sejenak, tetapi tidak mahu merespons kerana tidak ingin mewujudkan sebarang pertengkaran. Tukang gunting itu pun selesai kerjanya dan pelanggan itu meninggalkan kedai gunting itu. Hanya beberapa ketika pelanggan itu meninggalkan kedai itu, dia terlihat seorang lelaki di kaki lima dengan rambut panjang, kusut masai dan misai yang panjang tidak kemas. Lelaki itu kelihatan kotor dan tidak terurus.


Pelanggan itu berlari-lari mendapatkan tukang gunting tadi seraya berkata, Kamu tahu tak? Tukang Gunting tidak wujud! Bagaimana kamu boleh berkata sedemikian? Tanya Tukang Gunting dengan nada terkejut. Saya di sini, dan saya seorang Tukang Gunting dan baru sahaja menggunting kamu. Tidak! Pelanggan itu mendakwa. Tukang Gunting tidak wujud sebab jika dia wujud, mesti tiada orang berambut panjang, kotor, misai tidak dicukur dan tidak terurus seperti lelaki di luar itu.


Ah, tetapi tukang gunting sebenarnya wujud! Itu lah yang berlaku apabila tidak datang kepada saya…


Tepat sekali! Pelanggan itu membenarkan. Begitu lah, Allah sebenarnya wujud! Apa yang berlaku adalah kerana manusia tidak ‘kembali’ kepada-Nya dan tidak berharap meminta pertolongan kepada-Nya. Sebab itu lah terdapat banyak kesusahan dan penderitaan di dunia ini...





Wallahu ‘alam

Read more...
Subscribe to sahabatsurau

Powered by us.groups.yahoo.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP