Click to join sahabatsurau

Click to join sahabatsurau

syaitan membantu ke masjid

>> Selasa, 28 Julai 2009

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid . Dia
berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Ditengah jalan
menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di
rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid
.

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.
Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan
menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda
jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,

jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang
membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. lelaki itu
menolak. pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi,
jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

lelaki itu menjawab

"Aku adalah IBLIS (setan)"

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masj id ,
Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu
merubah fikiran untuk tinggal dirumah , kamu tetap memutuskan kembali
masjid .

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga , jangan2
Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

Moral:
Jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu
tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg
kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Read more...

Bacaan Dalam Solat

>> Jumaat, 24 Julai 2009

laporan minggu lepas

Tarikh : 14 julai 2009
Masa : lepas magrib
Aktiviti: Kuliah magrib
Tajuk : Memahami tafsir Al-Fatihah
Ustaz : ustaz Nazrudin Hasyim

Pada minggu lepas aktiviti Surau kolej Meranti berjalan seperti yang dirancangkan. Jemaah surau yang hadir adalah lebih kurang 25 orang. Dalam kuliah tersebut ustaz telah menerangkan maksud-maksud surah Al-Fatihah. Ustaz juga menerangkan kepentingan bacaan surah Al-Fatihah kepada para Jemaah. Penghayatan oleh para jemaah didalam solat adalah lebih baik sekiranya jemaah dapat memahami maksud ayat yang dibaca.

[1.1] Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

[1.2] Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,

[1.3] Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

[1.4] Yang menguasai hari pembalasan.

[1.5] Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

[1.6] Tunjukilah kami jalan yang lurus,

[1.7] (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Read more...

Perjalanan Bermula

>> Jumaat, 10 Julai 2009

tarikh : 7 julai 2009
aktiviti : 1)Tayangan video


Pada hari selasa yang lepas, satu tayangan video telah dianjurkan oleh ajk sahabat surau yang lama untuk ditonton bersama-sama. Tayangan video selama 30 minit lebih itu banyak memaparkan tentang keadaan umat islam sejak kejatuhan zaman khulafa ar-rashidin sehingga la sekarang.

satu persatu negara islam telah jatuh ke tangan kafir laknatullah. PBB dengan resolusinya mewujudkan sebuah negara Israel yang sah di negara Palestine, perkara ini telah menyebabkan ribuan penduduk asal palestine telah diusir menjadi pelarian.Sedikit demi sedikit Britain dan Perancis menjajah tanah arab dan menguasai sekitarnya.


peneragan oleh Abg Hamdan


khuysuk

Read more...

PENGENALAN

>> Rabu, 1 Julai 2009

Assalamualaikum kepada semua pelawat blog ini, anda sekarang berada di blog Sahabat Surau dan kami Sahabat Surau mengucapkan tahniah kerana anda terpilih untuk berada di zon mendalami ilmu. Matlamat utama blog ini adalah “BLOG MENTARBIYAH DAN MENDIDIK HATI KECIL MANUSIA” khususnya kepada warga kolej Meranti. Kami mengharapkan blog ini dijadikan bahan bacaan dan dapat memberi input yang berguna kepada kita bukan sekadar menjadikannya bahan hiburan. Kami mewujudkan blog ini kerana daripada pemerhatian Sahabat Surau, ilmu agama kian dilupakan dan kita sukar untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkait dengan Islam. Semester lepas kami telah membuat satu survey untuk melihat sajauh mana kefahaman Islam dikalangan Mahasiswa terutamanya warga kolej Meranti. Apabila ditanya “adakah anda memahami Islam?”, ramai yang menjawab tidak pasti dan ramai juga yang menjawab tidak tahu/tidak faham. kami merasa malang kerana ada diantara mereka yang menyatakan faham sedangkan tidak berkongsi kefahaman dengan sesama Islam. Dalam erti kata lain, tidak mahu menyertai Sahabat Surau dan kami mengharapkan bagi semester ini perkara sedemikian tidak akan berlaku.
Dalam blog ini kami sertakan pelbagai perkara yang berkait dengan agama bermula dengan AL-QURAN sehinggalah kepada PERSOALAN. Bahkan anda boleh memberi pelbagai pandangan untuk menjadikan ianya lebih berkesan. Oleh itu seharusnya warga Kolej Meranti menggunakan blog ini sebaik mungkin untuk mendidik diri menjadi lebih baik. Anda boleh mengemukakan soalan terus daripada blog atau email kepada
suraukolej@gmail.com. Bagi adik-adik yang baru mendaftar di UITM dan berada di Kolej Meranti, kami mengucapkan selamat dating dan adik-adik sebenarnya mahasiswa yang bertuah kerana blog ini baru diwujudkan semester ini. Oleh sebab itu, dalam masa kita menuntut ilmu dunia, carilah ruang dan berilah peluang kepada diri kita untuk mengenal ilmu Allah S.W.T yang akan digunakan di dunia dan juga di akhirat. SELAMAT MAJU JAYA!!!

Read more...
Subscribe to sahabatsurau

Powered by us.groups.yahoo.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP