Click to join sahabatsurau

Click to join sahabatsurau

ORGANISASI

>> Isnin, 8 Februari 2010

ORGANISASI SAHABAT SURAU


 


 

MAJLIS TERTINGGI SAHABAT SURAU KOLEJ MERANTI


 


 



 


 


 


 


 



 


 


 

        
 


 


 



 


 


 


 

Ketua EXCO SAHABAT SURAU

Read more...

IKLAN

>> Khamis, 7 Januari 2010

"(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui."

(Al-Baqarah: ayat 273)

____________________________________________________________________________________

PRINT :

HITAM – RM 0.20

BERWARNA – RM 0.50

COLOUR COPY : RM 0.50

SCAN : RM 0.50



  • Sahabat Surau menyediakan perkhidmatan yang membolehkan anda memberikan sumbangan kepada surau KOLEJ MERANTI tanpa anda sedari.
  • Gunalah perkhidmatan ini dan anda tidak perlu memikirkan sumbangan untuk ISLAM di kolej.
  • 20% akan dimasukkan ke tabung SURAU KOLEJ MERANTI untuk kegunaan surau.
  • Datanglah beramai-ramai ke bilik C206 untuk perkhidmatan di atas. (h/p: 014-5232526).


"JOM, SAMA-SAMA KITA MENJANA EKONOMI SURAU KOLEJ"

Read more...

PERTANYAAN IMAM GHAZALI KEPADA ANAK MURIDNYA

>> Rabu, 6 Januari 2010

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia? Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan: PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti. KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179.KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak. KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Read more...

KHUTBAH TERAKHIR

>> Selasa, 24 November 2009

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W:

(Lembah Uranah, Arafat, 9 Dzulhijjah, 10 H)


 


 

 Wahai manusia, dengarkanlah dengan sungguh-sungguh,

 karena aku tidak tahu

 apakah setelah tahun ini, aku masih akan berada di

 antara kalian. Karena itu

 dengarkanlah dengan seksama apa yang akan

 kusampaikan, dan sampaikan

 kata-kata ini kepada orang-orang yang tidak dapat

 hadir di sini hari ini.


 

 Wahai manusia, sama seperti kamu menganggap bulan

 ini, hari ini, dan tempat

 ini sebagai suci, perlakukanlah hidup dan harta

 setiap muslim sebagai hal

 yang suci. Kembalikanlah barang yang dipercayakan

 padamu kepada pemiliknya

 yang sah. Jangan sakiti seseorang sehingga tidak ada

 yang akan menyakitimu.

 Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan bertemu

 Tuhanmu, dan bahwa DIA akan

 benar-benar menghitung amal ibadahmu. ALLAH telah

 melarang kamu mengambil

 riba (bunga uang) dan karena itu sejak saat ini

 semua kewajiban bunga uang

 harus dihapuskan. Tetapi, modal pokokmu adalah

 milikmu yang boleh engkau

 simpan. Janganlah kamu menyebabkan atau menderita

 karena ketidakadilan.

 ALLAH telah memutuskan bahwa tidak ada bunga uang

 dan bahwa semua bunga uang

 yang terhutang dari Abbas Ibn' Abdul Muthalib sejak

 saat ini harus

 dihapuskan. Setiap hak yang timbul dari pembunuhan

 dalam masa pra-Islam

 hapus sejak saat ini dan hak pertama yang aku

 hapuskan adalah yang berasal

 dari pembunuhan Rabiah ibn Al-Haritibn.


 

 Wahai manusia, tidak beriman orang-orang yang

 mempermainkan aturan untuk

 menghalalkan yang telah dilarang oleh ALLAH, dan

 untuk melarang yang sudah

 diizinkan ALLAH. Dengan nama ALLAH, terdapat dua

 belas bulan (dalam

 setahun). Empat diantaranya suci. Tiga dari empat

 bulan ini berturut-turut,

 dan satu terletak diantara bulan Jumada dan Sha'ban.


 

 Hati-hatilah terhadap setan demi keselamatan

 agamamu. Dia telah kehilangan

 semua harapan untuk dapat menjerumuskanmu dalam

 kesalahan-kesalahan yang

 besar, karena itu hati-hatilah agar tidak

 mengikutinya dalam hal-hal kecil.


 

 Wahai manusia, benar bahwa kamu memiliki hak-hak

 tertentu atas

 wanita-wanitamu, tetapi mereka juga punya hak-hak

 atas engkau. Ingatlah

 bahwa kamu mengambil mereka sebagai istrimu hanya

 dengan kepercayaan ALLAH

 dan dengan izinNYA. Jika mereka mematuhi hak-hakmu

 maka mereka berhak atas

 makanan dan pakaian yang diberikan dengan kebaikan.

 Perlakukanlah

 wanita-wanitamu dengan hormat dan baik karena mereka

 adalah pasangan dan

 penolongmu yang setia. Dan menjadi hakmu untuk

 menentukan agar mereka tidak

 berkawan dengan orang-orang yang tidak engkau

 setujui, dan agar mereka tidak

 menjadi nakal.


 


 

 Wahai manusia, dengarkan aku dengan sungguh-sungguh,

 beribadahlah kepada

 ALLAH, shalatlah lima waktu dalam sehari, puasalah

 dalam bulan Ramadhan, dan

 berikanlah hartamu dalam bentuk zakat. Kerjakan haji

 jika kamu mampu. Semua

 manusia berasal dari Adam dan Hawa, seorang Arab

 tidak memiliki kelebihan

 diatas non-Arab, dan seorang non-Arab tidak memiliki

 kelebihan diatas Arab;

 juga seorang putih tidak memiliki kelebihan diatas

 seorang hitam, tidak juga

 seorang hitam memiliki kelebihan atas orang putih,

 kecuali dalam ketakwaan

 dan ibadahnya. Camkanlah bahwa setiap muslim adalah

 saudara bagi setiap

 muslim dan bahwa umat Islam merupakan suatu

 persaudaraan. Tidak boleh harta

 seorang muslim menjadi hak seorang muslim lain

 kecuali jika sudah diberikan

 secara suka rela dan ikhlas. Karena itu, jangan

 lakukan perbuatan tidak adil

 pada dirimu sendiri.


 

 Ingatlah, suatu hari kamu akan berhadapan dengan

 ALLAH dan

 mempertanggungjawabkan tindakan-tindakanmu. Karena

 itu, berhati-hatilah,

 jangan keluar dari jalan kebenaran setelah aku

 tiada.


 

 Wahai manusia, tidak ada nabi atau rasul yang akan

 datang sesudahku dan

 tidak ada agama baru yang akan lahir. Karena itu,

 wahai manusia, berpikirlah

 dengan baik dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan

 kepadamu. Aku

 tinggalkan dua hal: Al Quran dan Sunnah,

 contoh-contoh dariku; dan jika kamu

 ikuti keduanya kamu tidak akan pernah tersesat.


 

 Semua yang mendengarku harus menyampaikan

 kata-kataku kepada yang lain, dan

 orang-orang tersebut kepada yang lainnya lagi; dan

 semoga orang terakhir

 yang mendengarnya memahami kata-kataku lebih baik

 daripada yang mendengar

 dariku secara langsung. Ya ALLAH, jadilah saksiku

 bahwa aku telah

 menyampaikan pesanMU kepada hambaMU.


 


 

Read more...

Nuzul Al-Quran

>> Isnin, 7 September 2009


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.


Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.



Panduan


Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:


1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran


2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.


3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.


Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.


Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.


Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.


Kesimpulan


Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun)

Read more...
Subscribe to sahabatsurau

Powered by us.groups.yahoo.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP