Click to join sahabatsurau

Click to join sahabatsurau

PENGENALAN

>> Rabu, 1 Julai 2009

Assalamualaikum kepada semua pelawat blog ini, anda sekarang berada di blog Sahabat Surau dan kami Sahabat Surau mengucapkan tahniah kerana anda terpilih untuk berada di zon mendalami ilmu. Matlamat utama blog ini adalah “BLOG MENTARBIYAH DAN MENDIDIK HATI KECIL MANUSIA” khususnya kepada warga kolej Meranti. Kami mengharapkan blog ini dijadikan bahan bacaan dan dapat memberi input yang berguna kepada kita bukan sekadar menjadikannya bahan hiburan. Kami mewujudkan blog ini kerana daripada pemerhatian Sahabat Surau, ilmu agama kian dilupakan dan kita sukar untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkait dengan Islam. Semester lepas kami telah membuat satu survey untuk melihat sajauh mana kefahaman Islam dikalangan Mahasiswa terutamanya warga kolej Meranti. Apabila ditanya “adakah anda memahami Islam?”, ramai yang menjawab tidak pasti dan ramai juga yang menjawab tidak tahu/tidak faham. kami merasa malang kerana ada diantara mereka yang menyatakan faham sedangkan tidak berkongsi kefahaman dengan sesama Islam. Dalam erti kata lain, tidak mahu menyertai Sahabat Surau dan kami mengharapkan bagi semester ini perkara sedemikian tidak akan berlaku.
Dalam blog ini kami sertakan pelbagai perkara yang berkait dengan agama bermula dengan AL-QURAN sehinggalah kepada PERSOALAN. Bahkan anda boleh memberi pelbagai pandangan untuk menjadikan ianya lebih berkesan. Oleh itu seharusnya warga Kolej Meranti menggunakan blog ini sebaik mungkin untuk mendidik diri menjadi lebih baik. Anda boleh mengemukakan soalan terus daripada blog atau email kepada
suraukolej@gmail.com. Bagi adik-adik yang baru mendaftar di UITM dan berada di Kolej Meranti, kami mengucapkan selamat dating dan adik-adik sebenarnya mahasiswa yang bertuah kerana blog ini baru diwujudkan semester ini. Oleh sebab itu, dalam masa kita menuntut ilmu dunia, carilah ruang dan berilah peluang kepada diri kita untuk mengenal ilmu Allah S.W.T yang akan digunakan di dunia dan juga di akhirat. SELAMAT MAJU JAYA!!!

0 comments:

Subscribe to sahabatsurau

Powered by us.groups.yahoo.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP