Bacaan Dalam Solat
>> Jumaat, 24 Julai 2009
laporan minggu lepas
Tarikh : 14 julai 2009
Masa : lepas magrib
Aktiviti: Kuliah magrib
Tajuk : Memahami tafsir Al-Fatihah
Ustaz : ustaz Nazrudin Hasyim
Pada minggu lepas aktiviti Surau kolej Meranti berjalan seperti yang dirancangkan. Jemaah surau yang hadir adalah lebih kurang 25 orang. Dalam kuliah tersebut ustaz telah menerangkan maksud-maksud surah Al-Fatihah. Ustaz juga menerangkan kepentingan bacaan surah Al-Fatihah kepada para Jemaah. Penghayatan oleh para jemaah didalam solat adalah lebih baik sekiranya jemaah dapat memahami maksud ayat yang dibaca.
[1.1] Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
[1.2] Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
[1.3] Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
[1.4] Yang menguasai hari pembalasan.
[1.5] Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
[1.6] Tunjukilah kami jalan yang lurus,
[1.7] (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
0 comments:
Catat Ulasan