Click to join sahabatsurau

Click to join sahabatsurau

OBJEKTIF

>> Selasa, 30 Jun 2009

Sahabat Surau ditubuhkan demi kelicinan gerak kerja Surau Meranti dalam menjalankan sesuatu program. Cadangan ini juga disokong oleh pihak CITU ketika perjumpaan antara semua JPK Kerohanian Kolej dengan pihak CITU dan diberi galakan oleh Pengetua Kolej Jati dan Meranti.Objektif sahabat surau ditubuhkan adalah untuk memudahkan kerja-kerja islam yang dijalankan di dalam kolej. Selain itu, organisasi ini ditubuhkan untuk memberi kefahaman kepada mahasiswa terutama dalam kontaks ibadah dan juga perkara-perkara yang lain. Sahabat Surau ini adalah program yang berbentuk keagamaan di mana ia dapat membentuk akhlak seseorang kepada kearah kebaikan. Selain itu ,Sahabat Surau (SS) ini adalah ingin melatih ahli-ahli supaya meningkatkan ilmu pengetahuan dan jati diri muslim yang penting bagi membentuk keperibadian mahasisawa islam dalam menghadapi zaman yang penuh dengan cabaran.

Sahabat surau merupakan satu organisasi yang ditubuhkan untuk:
# Memberi pendedahan kepada mahasiswa dalam :
1. Memahami Ilmu Agama terutama dalam aspek ibadah.
2. Memupuk bakat kepimpinan di kalangan mahasiswa
.# Meningkatkan imej surau Meranti dikalangan warga kolej Meranti

# Memudahkan gerak kerja program kerohanian Kolej Meranti
# Merapatkan ukhuwah diantara ahli-ahli Surau Meranti
# Selain itu, Sahabat Surau merupakan satu organisasi di dalam kolej MERANTI yang bermatlamat untuk mewujudkan satu suasana Islam di dalam kolej.
# Sahabat Surau juga berusaha untuk melakukan kerja-kerja Islam di dalam kolej ini di
antaranya melakukan kerja dakwah samada melalui ucapan, risalah, kuliah,tazkirah dan
sebagainya.


Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa penubuhan Sahabat Surau:
PENAUNG
Encik Mohamed Faeiz B. Alwee
Pengetua Kolej Meranti & Cendana
PENASIHAT KEHORMAT
Cik Hjh. Ramlah Ab. Rahman
Pengurus Asrama Kolej Meranti
PENASIHAT
Encik Ariffin B. Md Yusof
Penolong Pengurus Asrama Kanan
PENASIHAT AGAMA
Ustaz Lufti Fauzi B. SabariPegawai Hal Ehwal Islam ( CITU )
Oleh itu, Sahabat Surau mengalu-alukan sesiapa sahaja warga kolej Meranti terutama pelajar-pelajar baru yang berminat untuk memahami islam agama yang dianuti selama ini secara mendalam. InsyaAllah, Sahabat Surau akan berusaha sebaik mungkin bagi membantu pelajar melalui program-program yang diadakan bersama JPK kerohanian.

Read more...

ORGANISASI SAHABAT SURAU

PENAUNG




Encik Mohamed Faeiz B. Alwee
Pengetua Kolej Meranti & Cendana

PENASIHAT KEHORMAT









Cik Hjh. Ramlah Ab. Rahman
Pengurus Asrama Kolej Meranti

PENASIHAT



Encik Ariffin B. Md Yusof
Penolong Pengurus Asrama Kanan


PENASIHAT AGAMA
Ustaz Nazruddin Bin Hasyim
Pegawai Hal Ehwal Islam ( CITU )











ORGANISASI SAHABAT SURAU

PEMANTAU PELAJAR










Mohd Shahdiken Bin Haji Solong
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kerohanian & Agama


PENGERUSI













Maududi Bin Mahmud
Pengerusi Surau Meranti 2009

TIMBALAN PENGERUSI











Muhammad Aniq Shazni B. Mohd Haniff


SETIAUSAHA









Syeikh Muhd. Muslim Bin Syeikh Nawawi


BENDAHARI









Asrullah Bin Sabit


BIRO IMAM DAN BILAL






Amran Bin Bacho









Mohammad Nornazle Bin Irwan Lee









Ahmad Ikhtar Bin Sulaiman










Mohd Nirhafizal Bin Muhamad










Amir Bin Abd Latif










Ahmad Khairuddin Bin Mohammad


BIRO PULISITI DAN PENERBITAN





Mohamad Zakwan Mohd Badli









MOHD AMRI AMSYARI BIN ABD RAHMAN










Mohamad Salleh Bin Mohd Azman












MOHD ALHAKIM BIN ZULKIFLI









Abdul Hazim Bin Hamzah









MOHD SYAHADAT ROBBI BIN ABDUL GHANI









AQEEL BIN IDRUS


BIRO MAKANAN DAN KEBERSIHAN








MUHD HANIF










MUNIR












ZULAIDI












SAFWAN











SYAHID











MUHAMMAD ALI BIN AHMAD SEBURI


BIRO TUGAS2 KHAS







ZULFADLI








ZAKUAN









HANIF







MOHD NURAZZI BIN NORIZAN










SHAFIQ


FASILITATOR












MUHAMMAD IZZUDDIN BIN CHE KHALID








MAUDUDI BIN MAHMUD











MUHAMMAD ANIQ SHAZNI BIN MUHD HANIFF










AHMAD HAMDAN BIN OTHMAN












MOHD SHAHDIKEN BIN HAJI SOLONG













ASRULLAH BIN SABIT













SYEIKH MUHD MUSLIM BIN SYEIKH NAWAWI






Read more...

AL-QURAN

Laman ini menjelaskan berkenaan Al-Quran, penjelasan serba sedikit supaya kita sama-sama dapat memahami Al-Quran dengan lebih jelas sebagai seorang muslim terutamanya warga kolej Meranti. Kami menggalakkan anda memahami dahulu berkenaan

Al-QURAN sebelum membaca Al-TAFSIR.

Apakah takrif al-Quran? Dari segi istilah, Quran adalah kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril dalam bahasa Arab yang diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya dikira ibadah bermula surah Al-Fatihah dan diakhiri surah An-Nas. Quran merupakan mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana Quran mempunyai cirri-ciri mukjizat dari aspek isi kandungan bahkan dari segi bahasa. Dari aspek isi kandungan, ia menceritakan peristiwa dahulu kala berkaitan dengan para nabi dan rasul, perkara ghaib, dan menceritakan peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dari segi bahasa, Quran mempunyai bahasa yang tinggi dan indah. Ketinggian bahasa Al-Quran juga boleh dilihat dari segi kedudukan hurufnya. Kita perlu sedar bahawa wahyu diturunkan secara beransur-ansur dan Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat. Sebelum diturunkan ke bumi ayat-ayat al-Quran berada di Luh Mahfuz dan kemudian Al-Quran diturunkan di Baitul Al-‘Izzah yang terletak di langit dunia. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dari Baitul Al-‘Izzah kepada baginda melalui malaikat jibril. Mengapa Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat? Diantaranya adalah untuk membezakan Al-Quran dengan kitab-kitab samawi yang lain dan untuk menguji keimanan manusia terhadap peristiwa di alam ghaib juga terhadap kebenaran Al-Quran.

Kami tidak perlu menerangkan berkenaan surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran secara khusus kerana kita mengetahui surah-surah tersebut secara umum. Walaubagaimanapun, kami akan cuba menjelaskannya dalam AL-TAFSIR mengikut kemampuan kami dengan merujuk beberapa kitab Tafsir supaya memudahkan anda memahami Al-Quran. Al-Quran seharusnya dijadikan panduan hidup kepada kita sebagai seorang muslim. Ayat-ayat di dalam Al-Quran boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Makkiyyah dan juga Madaniyyah. Takrif Makkiyah dan Madaniyyah ini ada yang berdasarkan tempat dan ada yang berdasarkan masa, mengikut jumhur ulama pengertian berdasarkan masa lebih tepat. Kami tidak perlu mengulas panjang takut mengelirukan anda. Dari sudut pengertian beradasarkan masa, Makkiyyah adalah ayat atau surah yang diturunkan sebelum Rasulullah berhijrah dan Madaniyyah ialah ayat/surah yang diturunkan selepas hijrah. Diantara faedah kita mengetahui Makkiyyah dan Madaniyyah adalah kita dapat mengetahui dan memahami sirah nabi dengan terperinci, dapat juga menambahkan keyakinan terhadap keaslian Al-Quran. Ulama telah menggariskan cirri-ciri ayat Makkiyyah dan Madaniyyah yang tidak kami nyatakan/jelaskan lagi di sini.


Apabila umat islam bertambah ramai terutamanya dizaman khalifah kerana dari sudut sejarah, parsi dan rom yang merupakan 2 kuasa besar dunia pada waktu itu jatuh ke tangan Saidina Umar r.a, maka berlakulah perselisihan bacaan dikalangan umat islam. Ini kerana naskhah Al-Quran pada peringkat awal tidak terdapat baris dan di zaman Saidina Uthman telah dilakukan proses menyalin semula Al-Quran. Saidina Uthman telah dasar dalam penyalinan semula Al-Quran diantaranya sekiranya berlaku perselisihan dalam bacaan hendaklah dirujuk kepada bacaan Quraish. Hanya Al-Quran yang mutawatir dan tidak dimansukhkan(dibatalkan) ditulis semula dan ianya diedarkan ke seluruh Negara untuk mengelakkan kekeliruan bacaan. Dizaman umaiyyah berlaku pembaharuan dalam penulisan Al-Quran seperti meletakkan tanda baris,sukun, sabdu,mad dan titik untuk membezakan antara huruf. Itulah serba sedikit untuk kita mengenal Al-Quran.
Sekarang, kami ingin membahaskan berkenaan ilmu tafsir supaya anda tidak keliru dalam membaca AL-TAFSIR dalam blog ini. Apakah makna ilmu tafsir??? ilmu tafsir membawa maksud suatu ilmu untuk memahami Al-Quran, menerangkan makna dan mengeluarkan hukum-hakam dan hikmatnya. Ia merupakan ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran dari segi kehujahan selaras dengan kehendak Allah sekadar kemampuan manusia. Ini kerana di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat Muhkamat dan juga Mutasyabihat. Diantara kepentingan ilmu tafsir dalam kehidupan seorang muslim adalah mampu mentafsir dan memahami Al-Quran dengan baik. Walaubagaimanapun, terdapat syarat-syarat dalam mentafsir Al-Quran. Bukan semua individu boleh mentafsir Al-Quran sesuka hati melainkan menyampaikan apa yang telah ditafsir oleh ulama di dalam kitab-kitab tafsir yang banyak. Kita juga layak mentafsir Al-Quran sekiranya menepati syarat untuk mentafsir Al-Quran. Diantara syarat untuk mentafsir Al-Quran ialah mahir dalam ilmu Bahasa Arab, mahir dalam usul Feqah, mahir dalam ilmu qiraat dan Usuluddin, mahir dalam ilmu Balaghah dan asbab nuzul, mahir dalam ilmu Nasakh Walmansukh juga mahir dalam ilmu hadis.


Walaubagaimanapun, tidak menjadi salah sekiranya kita menyampaikan apa yang dipelajari daripada Al-Quran kerana hadis nabi menyatakan “sampaikan daripada ku walaupun 1 ayat”. Di dalam hadis yang lain juga menyatakan kepada kita supaya tidak menyembunyikan sesuatu ilmu yang dapat memberi faedah kepada orang ramai terutamanya ilmu agama. Antara ulama-ulama tafsir seperti Prof. Hamka, Ibnu Kathir, syed Qutub dan lain-lain telah banyak berjasa kepada islam menulis kitab-kitab tafsir yang digunakan hari ini. Sebagai contoh, tafsir Al-Qurtubi merupakan tafsir yang diguna pakai dan diiktiraf oleh ulama diseluruh dunia kerana di dalamnya bukan sahaja dikemukakan pendapat ulama bahkan hadis-hadis dinyatakan perawi secara terperinci.
Justeru itu, AL-TAFSIR di dalam blog ini boleh dijadikan sumber ilmu kepada kita bahkan ringkasan daripada kitab-kitab tafsir. Walaubagaimanapun, kami ingin memudahkan anda dalam memahami Al-Quran. Oleh itu, hanya ayat-ayat tertentu sahaja akan ditafsirkan di dalam blog ini kerana kita melihat kepada ayat-ayat yang lebih utama untuk difahami dan dihayati, bukan sahaja sebagai seorang mahasiswa bahkan sebagai seorang islam.

Read more...

ULUM HADIS

Laman ini kami ingin menceritakan sedikit sebanyak berkenaan ilmu hadis. Ini boleh membantu mahasiswa terutamanya warga kolej Meranti mamahami ilmu hadis, membolehkan kita beramal dengan hadis yang sahih, menolak tuduhan orientalis/golongan anti hadis dan untuk mengetahui unsure-unsur israelleat dalam pentafsiran Al-Quran.

Apakah makna atau pengertian Hadis? Hadis ialah perkataan, perbuatan, perkhabaran, taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. Walaubagaimanapun, terdapat begitu banyak pembahagian hadis dan jenis-jenisnya yang akan diceritakan di bawah sekadar pengetahuan kita bersama. Diantara fungsi hadis ialah mengukuhkan hukum yang telah ditentukan di dalam Al-Quran, mentafsir ayat Al-Quran yang mujmal, mentaqyidkan ayat Al-Quran yang mutlak, mentakhsiskan ayat Al-Quran yang umum dan menetapkan hukum yang tiada dalam Al-Quran.

Pertama, kami ingin menjelaskan sedikit berkenaan hadis qudsi. Apakah makna hadis qudsi??? Pengertian hadis qudsi ialah sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w melalui ilham atau mimpi kemudian baginda menyampaikan dengan menggunakan perkataan baginda sendiri. Para ulama berkhilaf mengenai bilangan hadis qudsi. Abdul Rauf bin Al-Manawi menyatakan berjumlah 272. Imam Abu Abdullah Muhammad bin Ali mengatakan 101 buah dan Al-A’lamah Ali Al-Qari mengatakan 40 buah hadis. Antara conto hadis qudsi adalah seperti di bawah:

Artinya :
Dari Tamim ad Dari ra. dari Nabi saw, beliau bersabda : "Sesuatu yang pertama diperhitungkan pada hamba di hari Qiyamat adalah shalatnya. Jika ia menyempurnakannya maka dicatat baginya shalat sunatnya. Jika ia tidak menyempurnakannya maka Allah Yang Maha Suci berfirman kepada para malaikatNya : "Lihatlah apakah kamu menjumpai shalat sunat bagi hambaKu ? maka sempurnakanlah dengannya fardhu yang disia-siakannya. Kemudian amal-amalnya diambil menurut perhitungan itu". (Hadits ditakhrij oleh Abu Daud).

Apakah maksud hadis mutawatir? Hadis mutawatir boleh kita faham sebagai hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh ramai sahabat. Diantara syarat-syarat hadis mutawatir ialah diriwayatkan oleh perawi yang ramai yang mencapai satu tahap mustahil untuk mendustakan hadis Rasullah s.a.w, jumlah perawi seimbang pada setiap peringkat dan hadis diterima melalui pendengaran dan penglihatan. Maka, kita wajib beriman dengan hadis mutawatir dan menolaknya adalah kafir.

Apakah yang dimaksudkan dengan hadis ahad? Maksud hadis ahad ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua orang atau lebih yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis mutawatir. Hukum beramal dengan hadis ahad ialah wajib beramal dan berhujah pada setiap hadis ahad tetapi tidak kufur sesiapa yang menolaknya.
Di sana masih ada lagi jenis hadis seperti hadis aziz, ghorib dan masyhur. Hadis aziz ialah suatu hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi pada setiap peringkat manakala hadis ghorib ialah suatu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi pada mana-mana peringkat sanad. Hadis mashyur pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi/lebih pada setiap peringkat tetapi tidak sampai had dan tahap hadis mutawatir.

Bagaimana pula dengan hadis sahih, hadis hasan dan hadis Dhoif? Hadis menjadi hadis sahih sekiranya menepati syarat hadis sahih seperti perawi bersifat adil, bersambung sanad, tiada syaz, tiada I’llah dan bersifat dhobit(kuat ingatan). Sekiranya kurang satu daripada syarat-syarat di atas jatuhlah dia sebagai hadis hasan. Walaubagaimanapun, kedua-dua martabat hadis ini wajib beriman dengannya dan hadis boleh dijadikan hujah. Sifat perawi yang adil adalah islam, baligh, berakal, tidak fasik dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah diri. Hadis dhoif pula merupakan hadis yang lemah. Walaupun begitu, kita dibolehkan untuk beramal dengan hadis dhoif tetapi hadis ini tidak boleh dijadikan hujah. Cara untuk beramal dengan hadis dho’if ialah hadis itu mestilah berkaitan dengan fadhoilul a’mal(fadhilat amalan), faktor kedhoifan bersifat sederhana, mafhum hadis dhoif ada pada nas-nas syara’ yang sahih dan ketika beramal dengan hadis dhoif mestilah mengharapkan kesahihannya.

Kami merasakan setakat ini sahaja penjelasan mengenai hadis diperingkat awal. InsyaAllah kita akan menjelaskan lagi berkenaan hadis marfu’, maukuf, mursal, maktu’, syaz dan lain-lain untuk sama-sama kita hayati. Sekurang-kurangnya apabila disebut hadis kita tahu serba sedikit. Bukan semestinya kita wajib ingat semuanya, memahami sudah memadai sebagai seorang islam apalagi sebagai seorang mahasiswa. Barulah dapat dikatakan mahasiswa minda kelas pertama dan objektif sahabat surau tercapai. InsyaAllah…

Read more...

AL-HADIS

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah yahudi dan nasrani yang kau maksudkan?”. Nabi s.a.w menjawab, “Siapa lagi kalu bukan mereka”. (Riwayat Muslim)


Hadis di atas menggambarkan kepada kita di antara tanda-tanda akhir zaman iaitu umat islam akan terpengaruh dengan yahudi dan kristian. Yahudi seperti yang tercatit di dalam al-Quran atau disebut Bani Israel merupakan musuh islam yang paling ganas. Istilah “Israel” merupakan bahasa I’brani yang membawa maksud “nabi Ya’kub”, “bani Israel” bermaksud anak-anak nabi Ya’kub. Daripada keturunan Nabi Ya’kub ini melahirkan anak-anak yang ramai dan dikenali dengan bangsa yahudi. Walaubagaimanapun, Nabi Ya’kub adalah beriman kepada Allah tetapi perangai bani Israel bukan sahaja tidak beriman kepada Allah, mereka membunuh nabi-nabi mereka. Nabi Zakaria digergaji, Nabi Yahya disembelih dan mereka merancang membunuh nabi Isa tetapi Nabi Isa diangkat ke langit. Inilah kejahatan Bani Israel terhadap nabi-nabi mereka sehinggalah melakukan kerosakan hingga ke hari ini. Mari kita melihat kejahatan mereka terutamanya terhadap umat islam!!!
Yahudi tidak pernah putus asa dalam merancang tipu daya untuk menghancurkan islam bermula zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga hari ini. Setelah mereka diterima menjadi rakyat di madinah, mereka tidak senang melihat Nabi s.a.w memerintah. Bahkan kerana mereka terbentuk bala tentera Ahzab yang menyerang madinah Negara umat islam tetapi diselamatkan oleh Allah kerana tentera ahzab dipukul oleh angin. Inilah yang menyebabkan yahudi yang baligh dihukum bunuh selepas peperangan ahzab dan orientalis mengatakan ini pembunuhan beramai-ramai. Bahkan tindakan yahudi cuba meracun nabi di khaibar setelah dihidang kepada nabi makanan di khaibar. Ini merupakan tindakan mereka di zaman nabi s.a.w, kini mereka menyerang orang islam melalui pelbagai cara.


Diantaranya ialah mereka menyerang orang islam daripada luar dan dalam. Mereka melakukan kekejaman terhadap islam yang boleh dilihat di hadapan mata kita dan wajib kita mengambil berat mengenai umat islam. Ini tidak penting untuk dibahaskan di sini. Bagaimana mereka menyerang orang Islam dari dalam sehingga kebanyakan orang islam tidak sedar padahal sudah diberitahu oleh nabi s.a.w.? Mereka menyerang orang islam melalui serangan pemikiran kerana mereka mempunyai rangkaian diseluruh dunia melalui gerakan Zionis. Mereka tidak mampu merosakkan orang islam sekaligus. Oleh itu cara mereka menghancurkan islam adalah dengan merosakkan aqidah, syariat, akhlak, politik dan ekonomi.
Bagaimana mereka merosakkan orang islam melalui aqidah? Mereka cuba menyelewengkan aqidah umat islam supaya tidak memahami dan mengikuti ajaran yang sebenar. Orang islam tidak berpegang dengan aqidah yang sebenar kerana diselewengkan sedikit demi sedikit sehingga orang islam tidak memahami lagi islam dan menjadi murtad. Mereka juga memasukkan ajaran-ajaran Batiniyyah seperti puasa batin, solat batin dan melakukan ibadat-ibadat yang lain secara batin. Di zaman Saidina Ali r.a, mereka mengambil kesempatan menyokong Saidina Ali secara berlebihan melalui pemimpin mereka Abdullah bin Saba’ dengan mengatakan “ada ciri-ciri Tuhan dalam diri Saidina Ali”. Perkara ini menyebabkan Saidina Ali mengeluarkan perintahnya yang terkenal iaitu memerintahkan bala tenteranya menyalakan api dan pengikut Abdullah bin Saba’ dibakar dengan api.


Bagaimana pula mereka merosakkan orang islam melalui syariat? Mereka cuba merosakkan orang islam melalui syariat dengan menjadikan orang islam mengambil berat dalam hal-hal ibadat sahaja dan meninggalkan jihad. Mereka memasukkan kefahaman yang menyeleweng ke dalam kepala orang islam dengan merasakan cukup melakukan ibadat-ibadat tertentu dan membuat orang islam berada dalam kejahilan tentang ilmu islam. Mengikut syariat mereka yang juga menyeleweng misalnya riba’ haram sesama yahudi tetapi halal dengan bangsa lain. Sepatutnya, mereka beriman dengan nabi Muhammad s.a.w kerana mereka mengetahui akan tanda-tanda kenabian yang ada pada diri Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi ketika Rasulullah datang ke madinah, sedikit sahaja diantara mereka yang menganut islam sebagai contoh Abdullah bin Salam. Punca mereka tidak mahu beriman kepada Rasulullah adalah kerana dengki Nabi Akhir zaman dilantik daripada bangsa arab kerana nabi-nabi sebelumnya kebanyakan daripada Bani Israel.


Bagaimana pula melalui akhlak? Kita boleh melihat sendiri apa yang ada dihadapan mata kita pada hari ini. Mereka mencipta pelbagai pakaian yang mendedahkan aurat dan pakaian ini dibawa masuk ke dalam negeri umat islam. Maka, umat islam tidak sedar dan tidak merasa haram lagi berpakaian yang mendedahkan aurat sehingga ke peringkat yang memalukan. Selain itu, bagi merosakkan ahklak remaja islam mereka menghasilkan filem-filem lucah sehingga kepada filem-filem yang menuju kepada lucah kerana Syarikat perfileman terbesar dlm dunia Hollywood kepunyaan yahudi. Ini amat membahayakan kerana filem-filem yang sebegini ditonton oleh remaja islam dan merangsang pemikiran mereka dan mereka cuba melakukan apa yang ditonton. Maka, berlakulah penzinaan di sana sini dan akhirnya lahir anak-anak luar nikah yang ramai sehingga tidak kurang juga mereka yang membunuh anak atau membuangnya merata-rata. Rosaklah akhlak remaja islam dan mereka berusaha pula untuk menakluk dunia dan memang mereka merancang untuk mendirikan kerajaan haram Israel dan ini ditentang oleh ulama-ulama islam.
Melalui politik, mereka melantik pemimpin-pemimpin mereka bermatlamatkan harta benda.






Ketika Baitul Maqdis diserang oleh tentera Bakhtanusa’, mereka dibunuh dan diburu dicelah-celah lorong dan mereka berdoa supaya dilahirkan seorang nabi. Apabila Allah mengutus seorang nabi, mereka meminta kepada nabi itu supaya dilantik dikalangan mereka ketua untuk berperang. Maka, nabi itu berkata Allah telah melantik Talut menjadi raja dikalangan kamu dan mereka mempersoalkan kenapa Talut yang miskin menjadi pemimpin mereka. Ajaran ini juga meresap masuk ke dalam minda umat islam diseluruh dunia bahawa pemimpin mestilah yang kaya dan yang boleh membuat pembangunan. Inilah masalah yang dihadapi oleh umat islam.
Dari sudut ekonomi mereka menguasai Bank Dunia. Ini memudahkan mereka menguasai ekonomi di seluruh dunia. Apabila sesama yahudi meminjam wang tidak dikenakan faedah/riba’ tetapi apabila Negara-negara lain meminjam pasti dikenakan riba’. Bahkan mereka menganggap orang lain selain yahudi adalah binatang. Selain itu, mereka juga pelbagai ideologi dan teori ekonomi seperti kapitalisme, sosialisme, komunisme dan lain-lain. Kapitalisme berdasarkan modal, mereka yang kaya terus menjadi kaya dan miskin terus miskin. Teori ekonomi ini diamalkan dan ternyata hari ini hutang Amerika mencapai trillion dan hamper bankrup. Begitu juga dengan komunisme, tidak dibenarkan mereka yang kaya terus menjadi kaya. Harta orang yang kaya dirampas dan dibahagi kepada orang miskin dan sememangnya orang miskin suka akan ajaran ini. Ajaran ini diasaskan oleh Karl Marx. Teori ini juga menyebabkan Negara-negara yang beramal dengannya hancur. Ini kerana semua kilang-kilang dan syarikat-syarikat milik kerajaan. Maka, sudah tentu mereka yang bekerja tidak merasa bertanggungjawab untuk menjaganya menyebabkan ekonomi musnah.


Oleh sebab itu kita mesti kembali kepada ekonomi islam tidak perlu kepada ideology yang lain. Islam tidak menghalang seseorang menjadi kaya. Apa yang diambil daripada orang kaya hanyalah zakat sekadar 2.5% yang terlalu sedikit. Oleh itu, mereka yang beramal dengan ekonomi islam tidak akan menghadapi masalah seperti yang dihadapi oleh Amerika.

Read more...

TAFSIR AL-QURAN

Arkib ini menjelaskan berkenaan tafsir al-Quran secara terperinci dengan merujuk Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Al-Azhar, Tafsir Pimpinan Al-Rahman dan lain-lain. Sila klik TAFSIR AL-QURAN untuk bacaan yang lebih selesa!! Bersambung...

Read more...

AQIDAH

Laman ini menerangkan kepada kita perkara-perkara yang berkait dengan aqidah atau keimanan.


IMAN FITRAH MANUSIA
Iman merupakan fitrah manusia. Fitrah ialah perasan/naluri/perasaan semulajadi yang dikurniakan Allah seperti keinginan untuk makan, minum, berkeluarga dan lain-lain. Sebenarnya sejak di alam roh lagi manusia telah mengakui Allah adalah tuhan mereka. Walaupun pada zahirnya ada manusia yang ingkar kepada Allah namun fitrah mereka tetap mengakui kewujudan Allah. Sebagai buktinya dari segi akal di zaman primitif manusia memohon pertolongan daripada perkara-perkara yang disangkakan tuhan seperti pokok, gunung dan lain-lain. Apa yang perlu kita sedar adalah iman tidak dapat dicapai dengan akal dan ilmu pengetahuan semata-mata kerana iman dicapai melalui hidayah Allah dengan bimbingan rasul. Hidayah ialah petunjuk yang benar atau pimpinan yang mengubah hidup manusia daripada kesesatan kepada kebenaran. Dikalangan bukan islam di barat terdapatnya orientalis iaitu orang yang mengkaji islam yang mengkaji islam dan mengetahui secara mendalam namun tidak beriman kepada Allah. Ini adalah kerana kajian mereka adalah untuk mengkaji dan mencari kelemahan-kelemahan yang ada dalam agama islam. Akibatnya mereka tidak layak untuk mendapat hidayah Allah kerana Allah akan member hidayah kepada sesiapa yang inginkan hidayah. Demikian juga keinginan seseorang mengharapkan orang yang disayangi beriman kepada Allah tidak tercapai tanpa hidayah daripada Allah. Keimanan kepada Allah mendorong manusia melakukan amar ma’ruf iaitu mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara keji dan mungkar. Pada masa yang sama keimanan mendorong manusia mengcegah kemungkaran mengikut kemampuan. Bersambung..!!

Read more...

ILMU KALAM / ILMU AKIDAH

Apakah maksud ilmu Kalam? Menurut ibnu Khaldun, ilmu kalam ialah ilmu yang membicarakan tentang alasan-alasan atau hujah mempertahankan kepercayaan dengan menggunakan akal dan bantahan terhadap fahaman yang bertentangan dengan aliran salaf dan ahlu Sunnah. Diantara nama lain yang menyamai ilmu kalam adalah ilmu tauhid dan dikenali juga dengan ilmu akidah atau ilmu Usuluddin. Faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ilmu kalam adalah kerana perbahasan masalah aqidah yang berlanjutan. Selain itu, berkembangnya ilmu pengetahuan pengaruh ilmu falsafah Rom dan Parsi. Bahkan berlaku juga pergolakan politik akibat pembunuhan Saidina Uthman bin ’Affan. Bagi mengalahkan golongan falsafah yang bercakap mengenai aqidah, maka ulama berusaha untuk menghadapi penentang-penentang islam dan inilah yang menyebabkan lahirnya pelbagai mazhab aqidah. Bersambung...!!!

Read more...

FEQAH

Dalam laman ini kami akan diceritakan serba sedikit berkenaan dengan feqah islam yang seharusnya kita sama-sama memahami agar kita tidak melanggar perkara yang dilarang bahkan kita mengetahui halal haram di dalam islam. Kami akan cuba menerangkan berkenaan ibadat haji, manasik haji, sembelihan, qorban, aqiqah, muamalat dalam islam, perkahwinan, konsep kehakiman dan jenayah di dalam islam. Apa yang penting ialah kita dapat memahami islam dan lebih yakin kepada islam tidak sekadar percaya. Bersambung!!!

Read more...

USUL FEQAH

Apakah bezanya feqah dan ilmu Usul Feqah? Feqah hanyalah berkait dengan pengetahuan tentanh hukum-hukum syarak. Usul feqah pula merupakan satu ilmu tentang kaedah mengistinbatkan hukum-hukum syarak. Usul feqah mempunyai bidang perbahasannya yang cukup luas. Antara bidang perbahasan ilmu Usul feqah ialah dalil-dalil syarak yang merangkumi dalil yang disepakati dan tidak disepakati, yang merangkumi kaedah istinbat hukum, taa’rud dan tarjih dan hukum-hukum kulli yang merangkumi hukum Taqliifi dan Hukum Wadh’i. Ilmu Usul Feqah sukar dibahaskan dan InsyaAllah kami cuba menerangkan sedaya upaya kami. Walaubagaimanapun, kami menasihatkan agar anda membaca FEQAH dahulu kerana lebih mudah untuk difahami. Tidak dinafikan sukar untuk memahami bahagian ini terutama bagi mereka yang tidak mempunyai asas agama yang kuat kerana ia berkait dengan syariat Islam secara dalam dan berkait antara satu sama lain.


Mari kita lihat siapakah pengasas ilmu Usul Feqah dan sejarah perkembangan ilmu Usul Feqah? Pengasas ilmu Usul Feqah ialah Imam Muhammad bin Idris al-Syafie yang telah menghasilkan kitab Risalah. Ilmu Usul Feqah ini telah lahir pada kurun kedua Hijrah. Ini kerana ramai para sahabat dan tabiin(orang yang dilatih oleh sahabat) meninggal dunia menyebabkan sumber rujukan berkurangan dan negara islam makin bertambah luas. Maka, berlaku percampuran orang arab dan ’ajam(bukan arab) yang melemahkan penguasaan bahasa Arab. Pelbagai masalah baru mula timbul tidak dapat diselesaikan. Akhirnya munculilmu Usul Feqah yang diasaskan oleh Imam Syafie dan ilmu ini digunakan oleh ulama sebagai sumber atau panduan dalam ijtihad serta fatwa untuk menyelesaikan masalah. Diantara faedah mempelajari ilmu Usul Feqah adalah boleh mengetahui punca perselisihan hukum dikalangan ulama dan boleh mengetahui cara ulama mengistibat(menentukan) sesuatu hukum. Ini membolehkan kita beramal dengan penuh yakin terhadap sesuatu hukum. Para ulama pula dapat menghasilkan hukum yang lebih tepat berdasarkan dalil-dalil yang kukuh.
Mengapa tidak timbul ilmu Usul Feqah di zaman nabi Muhammad s.a.w dan sahabat? Bersambung!!!

Read more...

AKHLAK

PEMBINAAN AKHLAK

Akhlak merupakan perkara yang penting yang perlu dipupuk di dalam diri kita. Namun akhlak yang baik perlu dipupuk agar mendapat kejayaan dunia akhirat. Akhlak yang terbaik akhlak nabi sehingga tiada siapa dapat menandinginya. Mengapa kita perlu kepada akhlak yang baik? perlu ke kita tunjuk akhlak yang baik?

Kita semestinya perlu kepada akhlak yang baik kerana merupakan ajaran agama. Tidak sempurna islam jika akhlaknya tiada atau akhlaknya sama seperti orang bukan islam. Soal perlu tunjuk atau tidak, sudah pasti perkara yang baik akan diketahui orang juga akhirnya kerana akan ada insan yang akan memerhatikan kita samada kita sedar atau tidak. Buktinya, ada orang ikut akhlak abu jahal dan firaun dan ada juga yang ingin mencontohi akhlak nabi. Bagaimana dengan kita???

Nak ke kita tunjukkan akhlak yang buruk dan yang buruk itu diikuti. Cuba kita fikir dan muhasabah diri kita, kita telah menunjukkan akhlak yang baik atau dah banyak sangat tunjuk akhlak yang buruk. Mcm mana nak cover2?


Mungkin kita malu nak tunjuk akhlak yang baik atau perkara baik yang kita lakukan? Mungkin macam tak ikhlas kan? Sebenarnya itulah permainan syaitan. Syaitan begitu hebat dalam menghasut dan mempermainkan manusia. Contohnya; orang yang nak solat syaitan kata tak payah solat. kalau kita solat jugak syaitan bagitahu awal lagi lewatlah sikit. Kalau dah awal Syaitan akan ganggu dalam solat hingga tak khusyuk. kalu kita boleh lawan, syaitan akan masukkan perasaaan2 tak baik seperti riak, ujub dan sumaah. Inilah godaan syaitan yang kalu kita lihat ada level2 nya terhadap manusia.

So, kalau kita nak jadi baik atau nak tunjuk perkara yang baik, sudah pasti macam2 bisikan syaitan yang akhirnya lahir dalam diri kita apa yang kita sebut AKHLAK. Perkara inilah yang orang perhatikan dan menjadi ikutan. Macam mana nak baiki akhlak?? Nabi bersabda, barangsiapa yang berkawan dengan tukang besi habuk besilah yang lekat padanya dan siapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi, wangilah yang melekat pada. Jadi tiada cara lain kalu nak pulihkan akhlak, carilah rakan2 yang baik akhlah nya atau pendek kata ada agama.

Ingat, apabila kita berkawan kita akan mengikuti dan kadang2 orang mencontohi kita. Justeru, berilah contoh tauladan yang baik agar perkara yang baik itu dicontohi oleh orang lain. Biarlah mereka dapat mengikut perkara yang baik daripada kita.

Read more...

SEJARAH

Semua yang berkait dengan sejarah....

Read more...

TOKOH TERKENAL DALAM ISLAM

Bahagian ini menghuraikan tokoh-tokoh yang terkenal dalam islam samada tokoh Imam Mazhab Empat dan juga tokoh Pemikiran dalam islam. Mari kita mengenal tokoh-tokoh imam mazhab yang terkenal di dalam islam diantaranya Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Al-Syafie dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal.

IMAM ABU HANIFAH
Imam mazhab merupakan tabiin(yang dilatih oleh para sahabat). Nama sebenar Imam Abu Hanifah ialah Na’iman bin Sabit r.a dan beliau dilahirkan di Bandar Kuwafah, Iraq pada tahun 80 Hijrah/ 699 Masihi. Beliau berketurunan parsi dan akhirnya meninggal dunia di Baghdad pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah/767 Masihi ketika berusia 70 tahun. Imam Abu Hanifah telah menggunakan 4 dasar pengambilan hukum iaitu Al-Quran, Ijma’, kias dan fatwa para sahabat. Diantara sumbangan beliau terhadap islam dalam bidang pemikiran ialah ijtihad beliau terhadap suatu hukum yang tidak terdapat dalil di dalam Al-Quran, As-Sunnah dan Fatwa para sahabat. Beliau melarang umat islam beramal dengan perkara-perkara bidaah dan beliau juga melarang bertaqlid kepadanya jika tidak mengetahui daripada asal pendapatnya itu.
IMAM MALIK
Imam Malik merupakan salah seorang guru kepada imam Syafie. Nama penuh beliau ialah Malik bin Anas bin Amirul Asbahi. Beliau dilahirkan di madinah pada tahun 93 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 179 hijrah ketika berusia 87 tahun. Jenazah beliau disemadikan diperkuburan Baqi’ Madinah Munawwarah. Antara sifat-sifat peribadi beliau adalah suka menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke kubur dan merupakan seorang yang pendiam hanya bercakap perkara-perkara yang berfaedah sahaja.
IMAM AL-SYAFIE
Beliau merupakan seorang yang pintar, fasih berpidato dan seorang karya yang masyhur. Beliau sentiasa memelihara adab dan disiplin, berakhlak mulia, kuat ingatan dan berhemah tinggi. Sewaktu beliau berada di mekah dan madinah, fatwa yang dikeluarkan oleh beliau dinamakan Qaulu Qodim. Fatwa yang dikeluarkan setelah beliau berada di mesir dinamakan qaulu jadid. Beliau seorang yang berkebolehan sehingga boleh mengeluarkan fatwa ketika berumur 15 tahun...
IMAM AHMAD IBNU HANBAL
Imam Ahmad merupakan salah seorang murid kepada Imam Syafie. Nama penuh beliau adalah Ahmad bin Muhammad ibnu Hanbal. Beliau dilahirkan pada 164 hijrah di baghdad dan meninggal dunia pada 241 hijrah ketika berumur 77 tahun. Beliau juga mahir dalam bidang hadis selain bidang-bidang yang lain. Beliau sanggup mengembara beberapa bulan semata-mata untuk menyelidik sumber-sumber dan kebenaran hadisnya. Beliau memulakan kuliah hadis ketika berumur 40 tahun dan diikuti kira-kira lima ribu orang.

Antara tokoh pemikiran islam yang lain antaranya Imam Al-Ghazali, Imam Ibnu Taimiyyah, Abu Al-A’ala Al-Maududi dan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.


IMAM AL-GHAZALI
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad dan dilahirkan pada tahun 450 hijrah/1058 Masihi. Gelaran beliau diberi sempena nama kampung halamannya. Beliau merupakan seorang ahli Tasawwuf dan Pemikir yang agung. Imam al-Ghazali telah meninggal dunia pada 14 Jamadil Akhir 505 hijrah/1111 Masihi. Antara karya beliau dalam bidang tasawwuf ialah Ihya’ ulumuddin, Mizanul Ahmad dan masyarakat Al-Anuar. Walaupun beliau merupakan ulama tasawwuf, beliau juga mengarang kitab-kitab yang berkait dengan i’tiqad, yang berkait dengan usuluddin dan kitab-kitab yang berkait dengan imamah. Sebagai contoh beliau pernah mengatakan: ” agama menjadi asas, pemerintah sebagai pengawas. Apa yang tidak ada asas runtuh dan sesuatu yang tidak ada pengawas sia-sia”. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kita perlu memahami keseluruhan islam, tidak boleh mengambil sebahagian sahaja.
IMAM IBNU TAIMIYYAH
Nama sebenar ialah Takiyuddin Abu Al-Abbas bin Halim Al-Harani dan beliau dilaahirkan pada 10 Rabiul Awal tahun 661 Hijrah/1262 Masihi. Gelaran ibnu Taimiyyah sempena nama moyangnya yang ke-9. Beliau meninggal dunia pada malam Isnin 20 Zulhijjah 728 Hijrah di Damsyik. Beliau mengatakan agama perlu dipelihara. Pada pandangan beliau, maksud memelihara agama ialah membersihkan penyelewengan akidah atau perkara yang mencemarkan kemurnian agama.
ABU AL-A’LAA AL-MAUDUDI
Merupakan mujaddid di abad lalu dan beliau adalah pemikir islam pada zaman Mutakhir. Beliau merupakan ulama yang luas ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, bersederhana dalam kehidupan, dan bertaqwa dan beristiqamah. Beliau seorang yang gigih dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Abu Al-A’ala Al-Maududi merupakan seorang yang berhemah tinggi dan bercita-cita untuk mengembalikan masyarakat islam kepada pegangan dan amalan agama berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Beliau banyak memberi sumbangan terutama dalam bidang kewartawanan dan pernah menjadi Ketua Pengarang Akhbar muslim. Beliau banyak menulis artikal ilmiah mengajak manusia kembali kepada jalan yang benar.
SYEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI
Nama sebenar Idris bin Abdul Rauf dan dilahirkan di Makkah Mukarramah pada 28 Dzulkaedah 13 Masihi. Beliau meninggal pada pagi Jumaat 13 Oktober 1989 Masihi. Antara kejayaan beliau dalam bidang pendidikan ialah berjaya menghasilkan Kamus Arab Melayu(Al-Marbawi) yang biasa digunakan hari ini dan diikuti dengan Kamus Al-Jib. Beliau memperoleh ijazah Al-Aliah daripada Universiti Al-Azhar. Beliau juga menghasilkan kitab hadis dan kitab feqah. Kitab hadis seperti Bahrul Mazi dan Baligh Al-Miram manakala kitab feqah pula seperti Usul Islam dan Pati Hukum Ibadat.

InsyaAllah sekiranya ada peluang kami akan menceritakan berkenaan tokoh-tokoh islam yang lain seperti Ibnu Sina, Al-Khuwarizmi, Ibnu Khaldun, Syeikh Daud Fathani, Hassan Al-Banna, prof. Hamka dan lain-lain.

Read more...

TAZKIRAH

Ape ape aje berbentuk peringatan…

Agar ruangan ini tidak kosong, kami ingin mengajak semua pelawat yang membaca blog ini agar merenung diri kita sejenak, di mana kita berada sebenarnya. Ruangan ini adalah untuk dibaca secara santai sambil muhasabah diri kita. Islam bukanlah satu agama untuk diri kita sahaja tetapi islam untuk semua orang. Maka islam perlu disampaikan kepada sesiapa sahaja yang mampu kita sampaikan. Jadi, kita seharusnya muhasabah atau memikirkan apa yang telah kita lakukan untuk agama sebelum kita memikirkan apa yang dilakukan untuk Negara. Sekiranya islam itu dipandang tinggi, Negara secara tidak langsung akan menjadi bertamadun. Saidina Umar pernah berpesan “hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab yakni dihari kiamat”. Disamping kita sujud kepada Allah dan memohon ampun terhadap dosa-dosa yang dilakukan secara sedar atau tersembunyi, seharusnya kita memikirkan matlamat kejadian kita. Meskipun kita sebagai seorang mahasiswa, ianya tidak menghalang kita mendekatkan diri kepada Allah disamping memikirkan tentang agamanya. Masa yang terbaik untuk kita menghisab/ muhasabah diri kita adalah diwaktu tengah malam disaat manusia sedang tidur, kita bermunajat kepada Allah. Cubalah kita melembutkan hati kita yang sudah lama dikotorkan dengan perkara dunia dengan menitiskan air mata sambil sujud kepada Allah. Kemudian, kita berdoa agar diampunkan dosa-dosa dan memohon agar diberi petunjuk oleh Allah kerana yang berhak memberi hidayah hanyalah dia. InsyaAllah, dengan cara ini memberi kekuatan kepada kita terutama kepada mereka-mereka yang berjuang untuk menegakkan agama Allah. Sudah tentu mereka yang bersama dengan Islam akan menghadapi pelbagai ujian samada luaran dan dalaman. Oleh itu, marilah kita sama-sama tunduk kepada Allah atau cuba membuat perubahan sedikit demi sedikit. PERUBAHAN YANG MENDADAK BIASANYA SEMENTARA, ISTIQAMAH HILANG MUNCUL RIAK. Wallahua’lam…

Read more...

KRITIKAN BERUNSUR NASIHAT

Laman ini adalah untuk mengkritik sesiapa sahaja secara umum mengikut pemerhatian Sahabat Surau termasuk menyatakan kelemahan Sahabat Surau dan ahli-ahlinya secara umum supaya mereka melakukan perubahan dan memastikan objektif sahabat surau ditubuhkan Berjaya. Walaubagaimanapun, laman ini adalah untuk pembacaan dan penghayatan kepada diri masing-masing agar menilai kelemahan diri masing-masing dan kita tidak boleh melihat kelemahan orang lain sahaja. Saya Naib Pengerusi sahabat surau benar-benar mengharapkan satu perubahan dapat dilakukan dan ditunjukkan terutamanya kepada warga kolej Meranti.

Read more...

PERSOALAN

Laman untuk menjawab sebarang soalan daripada warga kolej Meranti dan sesiapa sahaja yang berminat / ingin mengemukakan soalan, cadangan dan lain-lain.

Read more...
Subscribe to sahabatsurau

Powered by us.groups.yahoo.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP