Click to join sahabatsurau

Click to join sahabatsurau

TUKANG GUNTING

>> Jumaat, 7 Ogos 2009


Tukang Gunting berkata, saya tidak percaya Allah itu wujud. Kenapa kamu berkata sedemikian? Tanya pelanggannya. Ya lah, kamu hanya perlu keluar ke jalanan itu dan sedar Allah tidak wujud. Beritahu saya jika Allah wujud, mesti tiada penderitaan dan kesakitan. Saya tidak boleh bayangkan Allah yang maha pengasih boleh membiarkan semua perkara ini berlaku...


Pelanggan itu berfikir sejenak, tetapi tidak mahu merespons kerana tidak ingin mewujudkan sebarang pertengkaran. Tukang gunting itu pun selesai kerjanya dan pelanggan itu meninggalkan kedai gunting itu. Hanya beberapa ketika pelanggan itu meninggalkan kedai itu, dia terlihat seorang lelaki di kaki lima dengan rambut panjang, kusut masai dan misai yang panjang tidak kemas. Lelaki itu kelihatan kotor dan tidak terurus.


Pelanggan itu berlari-lari mendapatkan tukang gunting tadi seraya berkata, Kamu tahu tak? Tukang Gunting tidak wujud! Bagaimana kamu boleh berkata sedemikian? Tanya Tukang Gunting dengan nada terkejut. Saya di sini, dan saya seorang Tukang Gunting dan baru sahaja menggunting kamu. Tidak! Pelanggan itu mendakwa. Tukang Gunting tidak wujud sebab jika dia wujud, mesti tiada orang berambut panjang, kotor, misai tidak dicukur dan tidak terurus seperti lelaki di luar itu.


Ah, tetapi tukang gunting sebenarnya wujud! Itu lah yang berlaku apabila tidak datang kepada saya…


Tepat sekali! Pelanggan itu membenarkan. Begitu lah, Allah sebenarnya wujud! Apa yang berlaku adalah kerana manusia tidak ‘kembali’ kepada-Nya dan tidak berharap meminta pertolongan kepada-Nya. Sebab itu lah terdapat banyak kesusahan dan penderitaan di dunia ini...





Wallahu ‘alam

0 comments:

Subscribe to sahabatsurau

Powered by us.groups.yahoo.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP