Click to join sahabatsurau

Click to join sahabatsurau

pengenalan ilmu kalam

>> Ahad, 9 Ogos 2009

Adakah ilmu Kalam wujud pada zaman Rasulullah s.a.w? Mengapa belum wujud ilmu kalam pada Zaman Rasulullah S.A.W? sebenarnya ilmu kalam tidak wujud di zaman Rasulullah s.a.w kerana mereka menerima soal aqidah dengan sepenuh hati tanpa banyak persoalan dan perbahasan. Pada waktu itu, tiada perbahasan berlanjutan tentang masalah aqidah kerana setiap masalah yang timbul akan dirujuk terus kepada baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat ketika itu bersatu dalam menyelesaikan masalah berdasarkan al-quran dan al-sunnah. Oleh itu, tidak ada masalah pada zaman Rasulullah dan tidak wujud perbahasan ilmu Tauhid secara berlanjutan.

Bagaimana pula perkembangan ilmu Kalam/ilmu aqidah pada zaman khulafa’ al-Rasyidin? Selepas wafat Rasulullah s.a.w maka yang mengambil alih pemerintahan adalah Saidina Abu Bakar, kemudian Saidina Umar, Uthman dan Ali atau dikenali dengan pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin. Umat islam pada waktu itu masih berpegang teguh dengan aqidah yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w. Mereka menumpukan perhatian kepada memperkasakan umat islam dan membuka wilayah islam yang baru. Apabila timbul masalah umat islam ketika itu akan merujuk kepada khalifah. Khalifah akan menghukum dengan bermesyuarat dan menghukum menurut al-quran dan al-Hadis yang dikenali sebagai Ijma’ Sahabat. Namun diakhir pemerintahan saidina Uthman bin Affan telah timbul pelbagai krisis politik yang serius. Akibatnya lahirlah perbezaan politik dikalangan umat islam yang akhirnya membawa kepada pembunuhan saidina Uthman. Orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saidina Uthman ialah Marwan bin al-Hakam yang menggunakan cop/khatam Saidina Uthman yang menyebabkan Saidina Uthman menjadi mangsa.

Di zaman pemerintahan Saidina Ali, keadaan sebelumnya semakin berlarutan sehingga wujudnya pelbagai aliran fahaman atau mazhab tentang aqidah. Wujudlah perbahasan tentang kafir, syurga, neraka dan lain-lain. Bahkan pelbagai masalah telah timbul pada zaman Saidina Ali r.a sehingga berlaku pembunuhan Saidina Ali yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Muljim. Mereka merupakan puak khawarij yang tidak menyokong majlis Tahkim dan merancang pembunuhan terhadap Saidina Ali dan Sadina Ali r.a berjaya dibunuh dengan pedang yang dilumur racun.

Bagaimana perkembangan ilmu kalam pada zaman umaiyah? Di zaman kerajaan Bani Umaiyah, pengaruh islam telah meluas ke wilayah-wilayah baru. Orang Islam mula bertambah ramai menyebabkan berlaku perubahan terhadap ilmu kalam. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pertembungan budaya pemikiran dikalangan pelbagai bangsa yang menganut islam. Ekoran daripada itu, pengaruh pemikiran falsafah semakin merebak kerana masalah agama cuba diselesaikan melalui pemikiran falsafah. Maka, berlaku pertembungan pemikiran falsafah Greek, yunani dan yahudi menyebabkan lahirnya pelbagai aliran mazhab dalam akidah seperti Mu’tazilah, Qadariyyah, Jabariyyah dan Murji’ah dan lain-lain.

Bagaimana perkembangan ilmu kalam di zaman Abbasiyah? Dizaman ini ilmu kalam menghadapi perkembangan baru dengan melimpahnya buku-buku falsafah yang diterjemahkan kedalam bahasa Arab. Ulama islam mempelajarinya untuk menilai kebenarannya bagi menentang aliran yang songsang dan menyeleweng. Pada ketika itu, mazhab yang paling berpengaruh ialah Mu’tazilah malah mazhab ini menguasai Abbasiyah dan mendapat sokongan khalifah Abbasiyah. Mereka mendahulukan pendapat akal daripada al-quran dan al-sunnah misalnya mereka menolak isra’ dan mikraj, seksa kubur dan lain-lain. Maka, ketika itu lahirlah golongan ulama yang bangkit menentang penyelewengan Mu’tazilah iaitu daripada mazhab Ahlul Sunnah Wa al-Jamaah. Ahlul Sunnah Wa al-Jamaah muncul pada akhir abad ketiga hijrah dipelopori oleh 2 ulama ilmu kalam iaitu Syiekh Abu Hasan al-Asy’ari dan Syiekh Abu Mansur al-Maturidiy.

Siapakah pengasas Mu’tazilah? Pengasasnya ialah Wasil bin a’tha’ dan beliau ialah murid Syaikh Hasan al-Basri. Ketika dalam majlis pengajian di sebuah masjid di basrah, Hasan al-Basri menerangkan mengenai orang islam yang melakukan dosa besar dan mati masih lagi dikira orang beriman. Di akhirat nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka kemudian dikeluarkan untuk dimasukkan ke dalam syurga. Wasil tidak setuju dan menentang ajaran gurunya dan beliau menubuhkan mazhabnya sendiri yang diberi gelaran Mu’tazilah yang membawa makna ”yang mengasingkan diri”. Di antara pendapat Mu’tazilah ialah al-quran adalah makhluk, manusia bebas melakukan sesuatu tanpa ada hubungan dengan Allah, baik dan buruk adalah ditentukan oleh akal semata-mata dan lain-lain.

Pernah dengar mazhab Qadariyyah? Pengasas mazhab qadariyyah ialah Ma’bad bin Khalid al-Juhani. Antara fahaman sesat qadariyyah adalah perbuatan manusia dari manusia sendiri dan Allah tidak ada kene mengena dengan perbuatan tersebut. Allah tiada kuasa menentukan nasib manusia. Fahaman ini salah dan boleh disangkal. Sekiranya perbuatan manusia daripada manusia sendiri, sudah tentu apa yang kita lakukan akan mendapat kejayaan. Tidakkah Allah yang menciptakan kita? Maka segalanya telah tertulis untuk kita tetapi Allah memberi kita pilihan samada untuk memilih yang baik ataupun jahat. Kalau Allah tiada kuasa menentukan nasib manusia, Xlayaklah menjadi tuhan. Tidakkah tuhan iaitu Allah mampu melakukan apa sahaja, dan apabila dikatakan ”kun fayakuun”, apabila dikatakan ”jadi maka terjadilah”.

Bagaimana pula mazhab jabariyyah? Pengasas mazhab ini ialah Jahmu bin Safwan dan mazhab ini juga dianggap sesat olah Ahlul Sunnah Wa al-Jamaah. Diantara fahaman sesat Jabariyyah adalah manusia tidak mempunyai usaha dan ikhtiar. Segala yang berlaku adalah dari Allah. Oleh itu, orang yang meninggalkan kewajiban dan melakukan maksiat tidak berdosa kerana perbuatan tersebut dijadikan oleh Allah. Pendapat ini jelas sesat kerana manusia tidak akan menjadi baik dan sudah tentu banyak melakukan maksiat daripada melakukan kebaikan. Selain itu, mereka juga berfahaman iman hanya dalam hati dan tidak perlu diikrar dengan lidah, al-quran adalah baharu dan mereka mengatakan Syurga dan neraka tidak kekal.

Siapakah pula golongan Syiah dan khawarij? Sebenarnya di dalam mazhab ini masih lagi terdapat pecahan-pecahan mazhab dan kita tidak boleh menghukum semuanya kafir. Memang pendapat mazhab ini bercanggah dengan Ahlul Sunnah Wa al-Jamaah tetapi masih ada diantara mereka masih berada dalam kumpulan islam kerana mereka mengucap 2 kalimah syahadah dan tidak membatalkan 2 kalimah syahadah. Golongan Syiah ini wujud sejak pemerintahan Saidina Uthman yang dibawa oleh seorang yahudi yang bernama Abdullah bin Saba’. Beliau mengapi-apikan penyokong saidina Ali supaya menentang Saidina Uthman dengan pelbagai fitnah. Pelbagai pergolakan yang berlaku diakhir pemerintahan saidina Uthman sehingga berlakunya pembunuhan Saidina Uthman. Setelah Saidina Uthman dibunuh, Saidina Ali dilantik menjadi khalifah. Di zaman Saidina Ali, pergolakan politik yang berlaku terus berlanjutan sehingga berlakunya peperangan di antara puak Saidina Ali dengan tentera Muawiyah yang dikenali dengan peperangan siffin. Tentera Muawiyah hampir mengalami kekalahan lalu mengajak Saidina Ali supaya diselesaikan melalui al-Quran yang dikenali dengan Majlis Tahkim. Lalu tentera Muawiyah mengangkat al-Quran yang dicucuk pada tombak dan peperangan terpaksa dihentikan. Saidina Ali bersetuju dengan cadangan ini tetapi sebahagian penyokongnya menentang Majlis Tahkim itu. Penyokong yanh masih setia dengan Saidina Ali dikenali dengan Mazhab Syiah dan ada golongan yang menentang Saidina Ali. Yang menentangnya terus keluar dan tidak menyokong Saidina Ali mahupun Muawiyah dan golongan ini dikenali dengan Khawarij. Walaupun kita melihat pelbagai masalah politik yang berlaku di zaman pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin, kita tidak boleh mengkritik dan memaki sahabat-sahabat kerana mereka adalah ”radhiallaahu a’nhum” atau ”Allah redha ke atas mereka semua. Di dalam peperangan ini tidak dinafikan Muawiyah yang salah tetapi kita tidak boleh mencerca sahabat-sahabat nabi. Apa yang penting peristiwa yang berlaku adalah denga izin Allah supaya menjadi pengajaran kepada kita pada hari ini.

0 comments:

Subscribe to sahabatsurau

Powered by us.groups.yahoo.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP