Click to join sahabatsurau

Click to join sahabatsurau

Hukum Syarak

>> Ahad, 9 Ogos 2009

Kita sambung perkara-perkara yang berkait dengan hukum syarak. Apakah makna-makna hukum syarak dan pembahagiannya mengikut ulama. Hukum syarak ialah khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada berbentuk tuntutan(اقتضاء), pilihan(تخيير) dan Wadh’i(وضعي). Khitab Allah ialah tuntutan ke atas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau pilihan samada melakukan atau tidak. Pembahagian hukum syarak pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu hukum Taklifi dan hukum Wadh’i.

Di dalam hukum Taklifi terdapat beberapa bahagian lagi seperti Ijab, Nadbun, Tahrim, Karahah dan Ibahah.

Ijab/wajib ialah tuntutan supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti sebagai contoh menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan ramadhan. Ini merupakan perkara wajib yang wajib dikerjakan.

Nadbun pula ialah tuntutan supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan dengan tuntutan tidak pasti seperti solat sunat, puasa sunat, sedekah dan lain-lain. Ianya merupakan tuntutan dalam islam tetapi tuntutan tidak pasti, maka boleh untuk dikerjakan/ditinggalkan. Tuntutan pasti adalah samada ianya perkara wajib ataupun haram manakala tidak pasti samada ianya sunat atau makruh.

Yang ketiga daripada hukum Taklifi ialah Tahrim(haram). Tahrim ialah tuntutan supaya meninggalkan sesuatu meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti seperti berjudi, minum arak, berzina dan lain-lain.

Karahah pula merupakan tuntutan supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti seperti Talaq atau makan bawang mentah ketika hendak solat. Ianya tidak haram tetapi dituntut supaya ditinggalkan.

Ibahah yang merupakan bahagian kelima dalam hukum Taklifi ialah tuntutan samada kita melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan sebagai contoh makan daging lembu. Kalau dilakukan mendapat pahala dan ditinggalkan tidak mendapat apa-apa.

Walaubagaimanapun, Ijab/wajib di dalam Hukum Taklifi ini terbahagi pula kepada dua iaitu wajib ’aini(fardhu ain) atau wajib kifa’i(fardhu kifayah). Wajib ’aini ialah wajib yang dibebankan ke atas setiap mukallaf di mana setiap yang mukallaf wajib melaksanakannya seperti Solat dan mempelajari ilmu fardhu ain. Wajib Kifa’i pula merupakan wajib yang dibebankan ke atas kumpulan tertentu. Jika ada dikalangan mereka yang melaksanakannya, semua yang lain terlepas daripada kewajiban itu sebagai contoh solat berjemaah dan mempelajari ilmu Sains.


Hukum Wadh’i pula ialah sesuatu yang dijadikan oleh syarak sebagai sebab, syarat atau penghalang sesuatu hukum.



Sebagai contoh ayat di atas menunjukkan bahawa gelincir matahari menjadi sebab wajib solat Zuhur.

Sebagai syarat pula adalah seperti hadis Nabi ”tidak solat mereka yang tidak ada wudhuk padanya”. Disini menunjukkan wudhuk menjadi syarat sah solat dan sekiranya tidak ada wudhuk tidak sah solat. Melainkan disaat tidak terdapat air, sakit yang menyebabkan tidak dapat menyentuh air dan lain-lain yang menjadikan ganti kepada wudhuk adalah tayammum.

Sebagai penghalang pula seperti perbezaan agama di antara orang yang mewariskan harta dengan ahli waris menjadi penghalang bagi hukum pembahagian pusaka. Jika tiada perbezaan agama sudah tentu pembahagian pusaka dapat dilaksanakan. Bersambung...!!

0 comments:

Subscribe to sahabatsurau

Powered by us.groups.yahoo.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP