Click to join sahabatsurau

Click to join sahabatsurau

USUL FEQAH

>> Selasa, 30 Jun 2009

Apakah bezanya feqah dan ilmu Usul Feqah? Feqah hanyalah berkait dengan pengetahuan tentanh hukum-hukum syarak. Usul feqah pula merupakan satu ilmu tentang kaedah mengistinbatkan hukum-hukum syarak. Usul feqah mempunyai bidang perbahasannya yang cukup luas. Antara bidang perbahasan ilmu Usul feqah ialah dalil-dalil syarak yang merangkumi dalil yang disepakati dan tidak disepakati, yang merangkumi kaedah istinbat hukum, taa’rud dan tarjih dan hukum-hukum kulli yang merangkumi hukum Taqliifi dan Hukum Wadh’i. Ilmu Usul Feqah sukar dibahaskan dan InsyaAllah kami cuba menerangkan sedaya upaya kami. Walaubagaimanapun, kami menasihatkan agar anda membaca FEQAH dahulu kerana lebih mudah untuk difahami. Tidak dinafikan sukar untuk memahami bahagian ini terutama bagi mereka yang tidak mempunyai asas agama yang kuat kerana ia berkait dengan syariat Islam secara dalam dan berkait antara satu sama lain.


Mari kita lihat siapakah pengasas ilmu Usul Feqah dan sejarah perkembangan ilmu Usul Feqah? Pengasas ilmu Usul Feqah ialah Imam Muhammad bin Idris al-Syafie yang telah menghasilkan kitab Risalah. Ilmu Usul Feqah ini telah lahir pada kurun kedua Hijrah. Ini kerana ramai para sahabat dan tabiin(orang yang dilatih oleh sahabat) meninggal dunia menyebabkan sumber rujukan berkurangan dan negara islam makin bertambah luas. Maka, berlaku percampuran orang arab dan ’ajam(bukan arab) yang melemahkan penguasaan bahasa Arab. Pelbagai masalah baru mula timbul tidak dapat diselesaikan. Akhirnya munculilmu Usul Feqah yang diasaskan oleh Imam Syafie dan ilmu ini digunakan oleh ulama sebagai sumber atau panduan dalam ijtihad serta fatwa untuk menyelesaikan masalah. Diantara faedah mempelajari ilmu Usul Feqah adalah boleh mengetahui punca perselisihan hukum dikalangan ulama dan boleh mengetahui cara ulama mengistibat(menentukan) sesuatu hukum. Ini membolehkan kita beramal dengan penuh yakin terhadap sesuatu hukum. Para ulama pula dapat menghasilkan hukum yang lebih tepat berdasarkan dalil-dalil yang kukuh.
Mengapa tidak timbul ilmu Usul Feqah di zaman nabi Muhammad s.a.w dan sahabat? Bersambung!!!

0 comments:

Subscribe to sahabatsurau

Powered by us.groups.yahoo.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP