Click to join sahabatsurau

Click to join sahabatsurau

ULUM HADIS

>> Selasa, 30 Jun 2009

Laman ini kami ingin menceritakan sedikit sebanyak berkenaan ilmu hadis. Ini boleh membantu mahasiswa terutamanya warga kolej Meranti mamahami ilmu hadis, membolehkan kita beramal dengan hadis yang sahih, menolak tuduhan orientalis/golongan anti hadis dan untuk mengetahui unsure-unsur israelleat dalam pentafsiran Al-Quran.

Apakah makna atau pengertian Hadis? Hadis ialah perkataan, perbuatan, perkhabaran, taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. Walaubagaimanapun, terdapat begitu banyak pembahagian hadis dan jenis-jenisnya yang akan diceritakan di bawah sekadar pengetahuan kita bersama. Diantara fungsi hadis ialah mengukuhkan hukum yang telah ditentukan di dalam Al-Quran, mentafsir ayat Al-Quran yang mujmal, mentaqyidkan ayat Al-Quran yang mutlak, mentakhsiskan ayat Al-Quran yang umum dan menetapkan hukum yang tiada dalam Al-Quran.

Pertama, kami ingin menjelaskan sedikit berkenaan hadis qudsi. Apakah makna hadis qudsi??? Pengertian hadis qudsi ialah sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w melalui ilham atau mimpi kemudian baginda menyampaikan dengan menggunakan perkataan baginda sendiri. Para ulama berkhilaf mengenai bilangan hadis qudsi. Abdul Rauf bin Al-Manawi menyatakan berjumlah 272. Imam Abu Abdullah Muhammad bin Ali mengatakan 101 buah dan Al-A’lamah Ali Al-Qari mengatakan 40 buah hadis. Antara conto hadis qudsi adalah seperti di bawah:

Artinya :
Dari Tamim ad Dari ra. dari Nabi saw, beliau bersabda : "Sesuatu yang pertama diperhitungkan pada hamba di hari Qiyamat adalah shalatnya. Jika ia menyempurnakannya maka dicatat baginya shalat sunatnya. Jika ia tidak menyempurnakannya maka Allah Yang Maha Suci berfirman kepada para malaikatNya : "Lihatlah apakah kamu menjumpai shalat sunat bagi hambaKu ? maka sempurnakanlah dengannya fardhu yang disia-siakannya. Kemudian amal-amalnya diambil menurut perhitungan itu". (Hadits ditakhrij oleh Abu Daud).

Apakah maksud hadis mutawatir? Hadis mutawatir boleh kita faham sebagai hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh ramai sahabat. Diantara syarat-syarat hadis mutawatir ialah diriwayatkan oleh perawi yang ramai yang mencapai satu tahap mustahil untuk mendustakan hadis Rasullah s.a.w, jumlah perawi seimbang pada setiap peringkat dan hadis diterima melalui pendengaran dan penglihatan. Maka, kita wajib beriman dengan hadis mutawatir dan menolaknya adalah kafir.

Apakah yang dimaksudkan dengan hadis ahad? Maksud hadis ahad ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua orang atau lebih yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis mutawatir. Hukum beramal dengan hadis ahad ialah wajib beramal dan berhujah pada setiap hadis ahad tetapi tidak kufur sesiapa yang menolaknya.
Di sana masih ada lagi jenis hadis seperti hadis aziz, ghorib dan masyhur. Hadis aziz ialah suatu hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi pada setiap peringkat manakala hadis ghorib ialah suatu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi pada mana-mana peringkat sanad. Hadis mashyur pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi/lebih pada setiap peringkat tetapi tidak sampai had dan tahap hadis mutawatir.

Bagaimana pula dengan hadis sahih, hadis hasan dan hadis Dhoif? Hadis menjadi hadis sahih sekiranya menepati syarat hadis sahih seperti perawi bersifat adil, bersambung sanad, tiada syaz, tiada I’llah dan bersifat dhobit(kuat ingatan). Sekiranya kurang satu daripada syarat-syarat di atas jatuhlah dia sebagai hadis hasan. Walaubagaimanapun, kedua-dua martabat hadis ini wajib beriman dengannya dan hadis boleh dijadikan hujah. Sifat perawi yang adil adalah islam, baligh, berakal, tidak fasik dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah diri. Hadis dhoif pula merupakan hadis yang lemah. Walaupun begitu, kita dibolehkan untuk beramal dengan hadis dhoif tetapi hadis ini tidak boleh dijadikan hujah. Cara untuk beramal dengan hadis dho’if ialah hadis itu mestilah berkaitan dengan fadhoilul a’mal(fadhilat amalan), faktor kedhoifan bersifat sederhana, mafhum hadis dhoif ada pada nas-nas syara’ yang sahih dan ketika beramal dengan hadis dhoif mestilah mengharapkan kesahihannya.

Kami merasakan setakat ini sahaja penjelasan mengenai hadis diperingkat awal. InsyaAllah kita akan menjelaskan lagi berkenaan hadis marfu’, maukuf, mursal, maktu’, syaz dan lain-lain untuk sama-sama kita hayati. Sekurang-kurangnya apabila disebut hadis kita tahu serba sedikit. Bukan semestinya kita wajib ingat semuanya, memahami sudah memadai sebagai seorang islam apalagi sebagai seorang mahasiswa. Barulah dapat dikatakan mahasiswa minda kelas pertama dan objektif sahabat surau tercapai. InsyaAllah…

Subscribe to sahabatsurau

Powered by us.groups.yahoo.com

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP